This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Thursday, February 25, 2010

MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W. PIHAK MPP UDM SESI 09/10 AKAN MENGANJURKAN PROGRAM MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH PADA 28 FEBRUARI 2010 SEHINGGA 06 MAC 2010. ANJURAN EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN.



PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

-DUA KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN
-LELAKI AKAN DIADAKAN DI SURAU @ FOYER PEJABAT ASRAMA
(AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

-PEREMPUAN AKAN DIADAKAN DI BLOK OTHMAN 01
-HADIAH BERUPA WANG TUNAI


* SESIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH MENDAFTAR SEBELUM 28/2/10....
* SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR PARA PESERTA MENGALUNKAN AYAT SUCI AL-QURAN.....

Selain pertandingan tilawah Al-Quran terdapat juga pertandingan lain....

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR MUSTAQIM (013-9947424) ATAU SDRI IKHLAS (019-9839456).. TERIMA KASIH..


Tuesday, February 23, 2010

MUKTAMAR SANAWI

Assalamualaikum.....

kepada semua exco baru PMKI,
sila hadir ke DKU pada jam 5 petang ini kerana sedikit taklimat dan raptai penuh akan diadakan untuk muktamar malam ini.

kepada semua mahasiswa/i FKI,
anda dijemput hadir ke muktamar PMKI malam ini ( 23/2/10 ) jam 8 malam.
Bayaran RM3. Makanan disediakan..

Sunday, February 21, 2010

Muktamar Sanawi PMKI UDM ke-21

Tentatif Program Muktamar Sanawi Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Kali Yang Ke - 21

Tarikh : 23 Februari 2010

Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Kuliah Utama

.

8.00 malam - Pendaftaran para pelajar

8.30 malam - Bacaan Doa

8.45 malam - Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

9.00 malam - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

9.05 malam - Ucapan YDP PMKI 08/09 (Saudara Khairul Azwad Bin Ibrahim)

9.15 malam - YM Prof. Madya Dr. Engku Zaki bin Engku Alwi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

9.35 malam - Persembahan slide show

9.50 malam - Penyampaian watikah pelantikan Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam & Bai'ah

10.05 malam - Penyampaian cenderahati

10.15 Jamuan makan (Timbalan Dekan dan Ketua-ketua Program)

10.15 malam - Ucapan Dasar Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam

10.20 malam - Perbentangan laporan Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam Sesi 2008/2009 oleh Setiausaha Agong 2

11.00 malam - Perbentangan laporan kewangan oleh Bendahari Kehormat, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam

11.15 malam - Pembentangan usul oleh wakil program & soal jawab serta pembubaran PMKI

11.25 malam - Pengenalan exco tertinggi Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam 09/10

11.50 malam - Jamuan makan dan bersurai

Selamat Kembali Ke Kampus

Assalamualaikum buat semua mahasiswa/i FKI.

SELAMAT KEMBALI SEMULA KE KAMPUS.

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

Wednesday, February 10, 2010

Khas Buat Pemimpin Baru PMKI UDM

Assalamualaikum....



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAF KEPIMPINAN PMKI YANG BARU

sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, kerana apabila kita faham erti tanggungjawab, pasti kita mengerti betapa beratnya tanggungjawab itu.....adakalanya seseorang akan suka mendapat sesuatu jawatan, dan ada kalanya seseorang akan rasa takut apabila diberikan jawatan...kerana tanggungjawab ini merupakan amanah yang telah diberikan olehNya kepada kita....

TANGGUNGJAWAB

tanggung: tanggung di dunia
jawab : jawab di akhirat

" la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Khas buat saf kepimpinan PMKI yang baru....



Pemimpin Yang Adil

Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


~ NUR DAIE~

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan Pilihanraya PMKI UDM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh

Setelah sibuk penamaan calon untuk Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, hari ini, tanggal 9 Februari 2010, pilihanraya berlangsung... persaingan merebut jawatan exco jelas kelihatan apabila 23 calon bertanding merebut 12 kerusi. Untuk memudahkan para pembaca, meh kita tengok kat bawah ni:


CALON-CALON EXCO PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM, UNIVERSITI DARUL IMAN 2010/2011

Calon-calon bagi kategori lelaki adalah seperti berikut :


1. Muhamammad Azizul Azhar Bin Mat Amin (238 undian)


2. Ahmad Khalilullah Bin Hamdan (261 undian)


3. Saiful Asyraf Bin Saifudin (249 undian)


4. Mohd Amir Izzat Bin Mohamad Azudin (312 undian)


5. Mohammad Najib Bin Ab Razak (413 undian)


6. Abdul Aziz Bin Abdullah (174 undian)


7. Muhammad Amirrul Bin Kamarudin (402 undian)


8. Mohd Zaidi Bin Abd Lazak (175 undian)


9. Muhammad Redzuan Bin Zaaba (208 undian)



Calon-calon bagi kategori perempuan adalah seperti berikut :


1. Nurul Adilah Binti Mohamad Fatlilah (414 undian)


2. Nurul Nissha Binti Johari (208 undian)


3. Farah Asyikin Binti Mohamad Ishar (363 undian)


4. Raudhah Binti Bahrin (304 undian)


5. Rosmiyati Binti Haji Billak (313 undian)


6. Madhiah Binti Abd Razak (314 undian)


7. Sobariah Binti Said (280 undian)


8. Norfadillah Binti Mohd Zin (191 undian)


9. Nurul Aqidah Binti Sulaiman (291 undian)


10. Sharifah Nor Ainnul Khairiyah Binti Sy Abd Rahman (304 undian)


11. Nor Zamzamiah Binti Hussaini (246 undian)


12. Hufaidah Binti Abdul Rahim (200 undian)


13. Nur Suriyati Binti Abd Razak (187 undian)


14. Norazura Binti Yatim (377 undian)



Saksi kiraan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya FKI:


1. Mohammad Najib Bin Ab Razak (Calon bertanding)


2. Abdul Aziz Bin Abdullah (Calon bertanding)


3. Mohd Zaidi Bin Abd Lazak (Calon bertanding)


4. Hufaidah Binti Abdul Rahim (Calon bertanding)


5. Norazura Binti Yatim (Calon bertanding)


6. Aizat Anwar bin Apandi (Pemerhati)



Jumlah pelajar Fakulti Kontemporari Islam : 2023,

Jumlah pelajar yang keluar mengundi : 870,

Peratusan pelajar keluar mengundi : 43 %,

Undi Rosak : 32.



Beginilah keputusan pilihanraya Persatuan Mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia bagi sesi 2010/2011.



Sedikit ulasan ringkas :

1-Peratusan keluar undi bagi pelajar FKI telah meningkat dari tahun lepas yang mana hanya 20 peratus lebih sahaja keluar mengundi. Walaupun peratusan keluar mengundi meningkat, tetapi masih lagi tidak memuaskan kerana tidak sampai kepada separuh peratus yang keluar mengundi menjalankan tanggungjawab.


2-Sebanyak 43 orang mengambil borang untuk penamaan calon tetapi hanya 23 orang sahaja yang menghantar borang penamaan calon. Bilangan pengambilan borang penamaan calon menunjukkan sambutan pelajar-pelajar FKI terhadap Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam begitu tinggi.



3-Hanya seorang sahaja dari kalangan perempuan dari Diploma Pengajian Islam yang bertanding untuk kerusi Exco Perempuan. Manakala perempuan yang lainnya merupakan Ijazah Sarjana Muda. Perempuan dari Diploma perlu berani untuk bertanding...



Laporan oleh :

Mashitah Binti Zainol Abidin,

Suruhanjaya Pilihanraya PMKI,

(Mantan Exco Penerbitan & Penerangan PMKI 09/10)

Saturday, February 6, 2010

MUHASABAH DIRI....

20 MUHASABAH HARIAN

adakah anda......

1. beristigfar@ bertaubat setiap hari????????

2. berzikir mengingati Allah??????????

3. sembahyang 5 waktu?????????

4. berpuasa sunat????????

5. mengerjakan solat-solat sunat?????

6. berselawat kepada Rasulullah??????

7. bersyukur diatas nikmat Allah?????

8. bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan??????

9. memaafkan kesalahan orang lain?????????

10. menghubung sillaturrahim??????

11. memberi nasihat yang baik kepada manusia????

12. mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri???????

13. menziarahi orang sakit/miskin??????

14. menziarahi kubur untuk mengambil iktibar??????

15. bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar????????

16. mencegah kemungkaran bila melihatnya????????

17. sentiasa berfikit serta bertindak kearah kebaikan??????

18. sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya??????

19. menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia??????

20. seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah diri.....renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.....

Wednesday, February 3, 2010

DISKUSI SEBATAN

Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010, barisan pelapis PMKI telah berjaya menjalankan satu program ilmiah, diskusi Sebatan: Syariah vs Sivil dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Untuk makluman semua, program ini merupakan program pertama kali yang dianjurkan oleh barisan pelapis PMKI.

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi sebelum program berlangsung, ia tidak mematahkan semangat mereka. Program ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli dalam memberikan komitmen di dalam sesebuah organisasi. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan santapan rohani dan jasmani kepada mahasiswa/i UDM.

Alhamdulillah lebih kurang 250 orang yang hadir pada malam itu , walaupun pada awalnya jelas menunjukkan kebimbangan diwajah ajk pelaksana apabila melihat tidak ramai yang hadir akan tetapi jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka tatkala melihat ramai yang hadir selepas solat isya'.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amirrul bin Kamaruddin ( IJAZAH SYARIAH SEM 2 ) selaku pengarah program diskusi sebatan . Semoga usaha kalian mendapat keredhaan dan keberkattan dariNya.AMIN...