This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Wednesday, January 26, 2011

Syarahan Akedamik

SEMUA PELAJAR FKI DIWAJIBKAN menghadiri Program Syarahan Akedamik yang diadakan seperti berikut :

Tarikh & Hari : 27 Januari 2011 (Khamis)
Masa : Jam 10.00 pagi - 12.30 Tgh Hari
Tempat : DABS
Penceramah : Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan, Profesor Ulung Negara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Tajuk : Konsep Ilmu & Pembinaan Ilmuan Ulu'l Albaab dalam Konteks Menghadapi Cabaran Masa Kini

* Semua proses pengajaran & pembelajaran dari jam 10.00 pagi - 1.00 petang akan di tangguhkan ke satu tarikh yang dipersetujui bersama antara pelajar dan pensyarah terbabit.
Harap Maklum!!

Tuesday, January 25, 2011

...:: Panggilan Meeting ::...

MAKLUMAN DAN PERHATIAN KEPADA SEMUA M.T & EXCO PMKI....

> Maklumat Meeting PMKI adalah seperti berikut:

Hari : SELASA
Tarikh : 25/1/11 (hari ni)
Masa : 8 P.M
Tempat : FC18

Mohon kehadiran semua M.T dan EXCO (",)

… RENUNGAN KITA BERSAMA …



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Saturday, January 22, 2011

...: Saatnya Akan Tiba :...

"KISAH YANG MUNGKIN NYATA"

BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

.............................................................................................

Seperti biasa, Setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak-anak dan isteri sedang berkumpul di ruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba-tiba sudah berdiri di depan mata. Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia....

Tiba-tiba aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-pelan dari dadaku...... terus berjalan..... kekerongkongku. .sakittttttttt. .......sakit. rasanya… Keluar air mataku menahan rasa sakitnya,...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit...... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...

Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti.Tangan dan kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sihat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku hairan... isteri dan anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berluru ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang ku duduki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????.. .Mengapa anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi...

Siapa dia............????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia........

dia.......

dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???? ????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu.....

Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak... .. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...

Dan mereka terus-menerus menangis....

aku sedar..

aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati...

aku telah mati…

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ......

Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah ku lakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktu ku telah habis....... masaku telah terlewat....

Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dan lain-lain.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca cerita ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa dan berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia..

……………………………………………………

>>> Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita hambaNya selagi mana belum tiba masanya roh kita dicabut dari jasad… Sesungguhnya Allah Maha Penyayang Maha Pengampun Maha Pengasihani… Siapa pun kita… apa pun khilaf yang pernah kita lakukan… Mohonlah keampunanNya dengan seikhlas hati… Allah pasti akan menerima taubat kita… InsyaAllah <<<

Sunday, January 16, 2011

PERHATIAN DAN MAKLUMAN

Assalamualaikum...

Makluman kpd pelajar FKI UNISZA, pengambilan sijil anugerah dekan sesi disember 09/10 masih belum dibuka untuk semester ini, tarikh pengambilan akan diberitahu kemudian.sila lihat maklumat terbaru di papan kenyataan PMKI..Terima kasih

link : Facebook PMKI UNISZA 09/10

Saturday, January 15, 2011

JANGAN SUSAH HATI

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.




Sunday, January 2, 2011

Salam Perjuangan ... Semester 2 Sesi 2010/2011

Assalamualaikum kepada semua mahasiswa/i FKI....

~~~ Selamat Kembali Semula Ke Kampus ~~~

Semoga Semester Ini Lebih Baik Dari Semester Sebelum Ini

InsyaAllah...

^_^