This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Tuesday, December 17, 2013

Muktamar sanawi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perhatian kepada semua Ahli Persatuan Mahasiswa Komtemporari Islam@ Pelajar fki..Anda semua dijemput Untuk menghadiri
MUKTAMAR SANAWI PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM KALI KE 7
TARIKH:18 DISEMBER 2013
TEMPAT: BLOK ALI 05-06
MASA:8.40 MALAM

SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT2 LAIN
"KESEPADUAN MAHASISWA PEMANGKIN PENGISLAHAN UMMAH"

Pesta Ibadah

Assalamualaikum WBT
Pada bulan september lepas kami telah menjalankan program yang dikenali dengan nama pesta ibadah. Alhamdulillah, program ini berjaya mendapat sambutan mahasiswa. Kami berharap bahawa program ini akan diteruskan pada masa yang akan datang kerana program ini banyak manfaatnya.


Friday, July 26, 2013

Program I'M THE SECOND AISYAH















Bismillahirahmanirrahim, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta hidayahnya dapat lagi diberi peluang oleh Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Pemurah iaitu Allah SWT untuk hidup di muka bumi yang hadis ini bagi berkhidmat sebagai hambanya yang ditaklifkan bagi beribadat dan melakukan ketaatan kepadanya. Amin, semoga kita termasuk di dalam golongan hambanya yang soleh bukan yang tersasar dari sirat kebenaran. Amin.

 Pada tanggal 26 Julai 2013, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam dengan kerjasama helwanis syubah yang bernaung di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam telah mengadakan satu program yang sangat menarik iaitu "I'M THE SECOND AISYAH".

Program ini adalah berkisar tentang bagaimana seorang mahasiswi atau wanita boleh menggunakan Aisyah Humaira RA iaitu ummul mukminin dan isteri rasulullah yang terkenal dengan sifat tekun menuntut ilmu dan tegas dalam menyampaikan kebenaran Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan di era millennia ini.

Alhamdulillah, program bicara santai yang disampaikan oleh Ustazah Lateefah Kasamasu ini berjaya menambat hati para peserta dengan pelbagai ilmu dan tips yang bermanfaat serta berguna bagi mahasiswi terutamanya apabila berhadapan degan masyarakat.

Akhir kalam, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta dan urusetia program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Sekian, wallahualam.

Sunday, July 21, 2013

Program Videografi Ihya Ramadhan PMKI















Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke blog ini, semoga berada dalam keadaan sihat dalam menempuh bulan ramadhan al mubarak yang penuh dengan keberkatan dari Allah SWT ini.

PAda 19hb Julai 2013, Persatuan Mahasiswa kontemporari Islam telah mengadakan sebuah program yang dinamakan tayangan videografi Ihya Ramadhan di Speaker Corner, Cafe baru.

Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menaikkan lagi semangat mahasiswa dalam menempuh cabaran  bagi beribadat dan menghadapi cabaran di bulan ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama video dari syubah dan titik peluh dari ahli jawatankuasa program.Juri bagi program ini adalah wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Muhammad Farid Bin Abdul Talib dan wakil dari PMKI iaitu Muhammad Ammar Bin Abd Wahab.

Dalam pada itu majlis ini dimeriahkan oleh kumpulan qasidah al-Muhibbin beserta persembahan seruling dari bendahari PMKI iaitu Alif Akram bin Nor Kasani. Pada akhir majlis ini dirasmikan oleh presiden MPP iaitu Muhammad Marzuki Bin Zainal Adlan.
Tahniah dan syabas kepada para peserta yang berjaya mendapat hadiah dalam program ini serta kepada ahli jawatamkuasa yang bertungkus lumus dalam menyiapkan program ini. Sekian terima kasih dan selamat bergembira dalam menjalani pesta ibadah di bulan ramadhan al mubarak ini.

Sukan mahabbah PMKI 2013

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, bersyukur ke atas limpah kurnia serta hidayahnya dapat lagi kita hidup di atas muka bumi Allah ini sebagai khalifah allah di muka bumi ini. Moga kita dapat dipanjangkan umur dengan dipenuhi dengan pelbagai amalan kebajikan dan  rahmat dari Allah SWT..Amin

Pada...Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam telah mengadakan Program Sukan Mahabbah bersama adik-adik semester 1 sesi 2013\14. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan jalinan mahabbah antara wakil dari senior PMKI dengan junior dengan mengadakan beberapa aktiviti sukan seperti bola tampar, bola jaring dan futsal.

Sukan ini diadakan di padang futsal lama dan padang bola tampar berdekatan blok othman.Program ini bermula pada seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran dari peserta.
Selepas itu, sebelum aktiviti sukan dijalankan para peserta diminta bagi melakukan regangan sebelum melakukan aktiviti sukan bagi mengelakkan sakit otot atau kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.

Apa yang menarik tentang para peserta kali ini adalah mereka sangat bersemangat dan mempunyai bakat dalam sukan.Setelah semua aktiviti selesai para peserta telah diberi sedikit jamuan bagi menghilangkan keletihan. pada pukul 11.30 pagi,majlis penyampaian hadiah diadakan untuk memberi ganjaran bagi pemenang.Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang sukan mahabbah serta kepada yang menjayakan program ini. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diadakan lagi .Sekian terima kasih.
"KESEPADUAN MAHASISWA PEMANGKIN PENGISLAHAN UMMAH'








Monday, July 1, 2013

Jom bersahur!

Jom bersahur!
Bersahur adalah sangat penting pada bulan ramadhan walaupun ramai diantara kita yang mengabaikan dan memandang enteng terhadap sahur. Namun,sahur mempunyai banyak kebaikan yang dapat kita sudah maklum dengan disokong dengan pelbagai hadis dari ramai periwayat seperti:

Rasulullah bersabda:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan"
(bersahur dikaikan dengan keberkatan(rahmat,kebaikan serta restu Ilahi)

Rasulullah berkata:
"Perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah dengan bersahur"
(Betapa besarnya perbezaan status kepentingan bersahur sehingga menjadi pembeza antara ahli kitab dengan umat islam)

Zaid bin Thabit berkata,"Kami pernah bersahur bersama nabi. KEmudian kami bangun pagi melakukan solat (subuh)."Kemudian Zaid Bin Thabit disoal:"berapa lama antara bersahur dan solat subuh". Berkata Zaid,"Sekadar  membaca 50 ayat".
(diriwayatkan oleh Bukhari)

Dalam pada itu' bersahur juga sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Pernahkah anda berasa letih, lemah dan lesu jika tidak bersahur? Bagaimana pula jika kita bersahur? Pasti kita dapat menumpukan perhatian semasa belajar, berasa aktif dan bertenaga hasil daripada keberkatan bersahur.Ya, dari sudut kesihatan juga, terdapat pelbagai kajian yang dibuat berhubung dengan kepentingan bersahur dan kesan jika tidak bersahur.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan bersahur, akan tetapi kebaikan bersahur yang paling penting adalah ibadah kerana puasa adalah dari sunnah nabi dan pastinya akan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Syukran.
wallahualam...

Jom bersahur!

Jom bersahur!
Bersahur adalah sangat penting pada bulan ramadhan walaupun ramai diantara kita yang mengabaikan dan memandang enteng terhadap sahur. Namun,sahur mempunyai banyak kebaikan yang dapat kita sudah maklum dengan disokong dengan pelbagai hadis dari ramai periwayat seperti:

Rasulullah bersabda:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan"
(bersahur dikaikan dengan keberkatan(rahmat,kebaikan serta restu Ilahi)

Rasulullah berkata:
"Perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah dengan bersahur"
(Betapa besarnya perbezaan status kepentingan bersahur sehingga menjadi pembeza antara ahli kitab dengan umat islam)

Zaid bin Thabit berkata,"Kami pernah bersahur bersama nabi. KEmudian kami bangun pagi melakukan solat (subuh)."Kemudian Zaid Bin Thabit disoal:"berapa lama antara bersahur dan solat subuh". Berkata Zaid,"Sekadar  membaca 50 ayat".
(diriwayatkan oleh Bukhari)

Dalam pada itu' bersahur juga sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Pernahkah anda berasa letih, lemah dan lesu jika tidak bersahur? Bagaimana pula jika kita bersahur? Pasti kita dapat menumpukan perhatian semasa belajar, berasa aktif dan bertenaga hasil daripada keberkatan bersahur.Ya, dari sudut kesihatan juga, terdapat pelbagai kajian yang dibuat berhubung dengan kepentingan bersahur dan kesan jika tidak bersahur.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan bersahur, akan tetapi kebaikan bersahur yang paling penting adalah ibadah kerana puasa adalah dari sunnah nabi dan pastinya akan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Syukran.
wallahualam...

Tuesday, June 25, 2013

Jangan MARAH!!!

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepada aku. Sahut Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah.
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

"Janganlah marah"yang rasulullah katakan kepada lelaki itu ialah jangan turut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Hal ini kerana kemarahan adalah satu tabiat manusia yang tidak dapat dihapuskan.

Rasulullah juga bersabda pada hadith yang lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah ia lihat bila salah seorang kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang berasa marah maka hendaklah ia berbaring atau duduk di atas bumi."
Dan pernah juga rasulullah menerangkan: "BAhawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhu'.

Kesimpulannya, marah adalah salah satu sikap yang perlu dihindari bagi mewujudkan kedamaian masyarakat sejagat dari berpecah belah dan sesungguhnya Allah menyukai orang yang menyebarkan bunga-bunga kebaikan.

Malam Halawatul Ukhwah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT karana masih lagi memberi ruang kepada kita untuk terus hidup serta bernafas di muka bumi ini bagi melakukan segala amal soleh bagi mendapatkan keredhaan-Nya di dunia dan akhirat.



Pada 22 Jun 2013, Program Malam Halawatul Ukhwah PMKI telah diadakan di Dewan Auditorium Bangunan Akademik UniSZA. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menguatkan ukhwah antara pelajar junior dengan pelajar senior FKI dengan memperkenalkan kepada para pelajar ini barisan pimpinan PMKI dan Yang Dipertua Syukbah yang bernaung di bawah FKI.


Dalam pada itu, program ini juga bertujuan bagi memperkenalkan apa itu Persatuan Mahasiswa\I Kontemporari Islam dan persatuan Syukbah FKI kepada pelajar junior  dengan mempersembahkan tayangan montaj dan sedikit penerangan.


Alhamdulillah, program pada malam ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua tetamu yang hadir walaupun terdapat beberapa masalah seperti kekurangan tempat duduk. Namun, pada akhir program ini para tetamu dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari syukbah Sejarah Dan Tamadun Islam.

Ribuan terima kasih diucapkan bagi para hadirin yang menjayakan program ini. Semoga pada masa hadapan program seperti ini dapat lagi diadakan pada masa hadapan.
Sekian terima kasih.


"KESEPADUAN MAHASISWA\i PEMANGKIN PENGISLAHAN UMMAH"

Wednesday, June 19, 2013

MAlu

Dari Abi Mas'ud Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri RA, katanya:Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya sesetengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Assalamualaikum, pada post kali ini kami akan berkongsi kepada anda serba sedikit berkenaan malu dan jenisnya. Pada hadis ini, malu bermaksud perasaan yang mendesak seseorang seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji.MAlu adalah salah satu dari akhlak islam yang mulia kerana malu merupakan pengajaran rasulullah adalah baik sacara keseluruhannya.

 Sumber perasaan malu ini datangnya dari hatu nurani atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan ilahi atas gerak-geri, yang menyebabkan terpelihara zahir dan batin dari perbuatan keji dann unsur maksiat yang boleh membawa seseorang jauh dari redha Allah.
MALU ada 2 jenis:

  1)Malu yang asli
MAlu yang menjadi tabiat dan perangai seseorang sejak dilahirkan di dunia ini. Ini adalah dari segi akhlak yang mulia kalau malu itu menjadi kekuatan yang mencegah larangan serta mendorong ke arah kebaikan.
2) MAlu yang diusahakan melalui pengajaran ketuhanan dengan cara mengenal Allah, menginsafi kebesaran-Nya atau kegagahan-Nya dan yakin kepada penguasaannya. Hal ini adalah setinggi-tinggi iman yang masuk dalam linkungan tingkatan ihsan yang terpuji.

Kedua-dua jenis malu adalah sangat penting dalam kehidupan harian kita kerana tanpa rasa malu di dalam diri kita, kita akan menjadi manusia yang tidak berakhlak serta akan melakukan perbuatan yang durjana serta mencolok mata.

Namun, terdapat juga malu yang tercela dan tidak dikehendaki iaitu malu berkata yang benar pada hal tiada sebarang halangan untuk yang demikian itu. Contohnya,malu untuk menyuruh yang baik dan melarang yang jahat. Pada pandangan syara' ini bukannya malu akan tetapi pengecut

Akan tetapi, jika ingin memahami agama atau hukum tidak boleh ada perasaan malu bagi bertanya sesuatu yang tidak diketahui. Hal ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan buat selama-lamanya. Bak kata pepatah melayu: MALU BERTANYA, SESAT JALAN.

Sehubungan dengan ini, Aisyah RA pernah memuji perempuan-perempuan Madinah kerana mereka tidak malu bertanya perkara agama, kata Aisyah:
"Sebaik-baik perempuan ialah perempuan-perempuan Ansar yang tidak menghalangi mereka oleh malu dari bertanya perkara agama nmereka."

 Namun, sebaik-baik malu adalah malu kepada Allah kerana malu kepada Allah akan menghindarkan manusia daripada kemunafikan dan riak serta pelbagai sifat mazmumah yang lain disamping bisa mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.

Wallahu A'lam:)

Sunday, June 16, 2013

Amar Maaruf Nahi mungkar Tanggungjawab Semua



Dari Abi Said al khudri RA katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: BArangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada berkuasa , maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman.
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa pentingnya mencegah kemungkaran dan melakukan amar maaruf  kepada umat islam kepada masyarakat. Hal ini demikian adalah  demi menyebarkan kebaikan dan mengelakkan masyarakat menjadi punah dan hancur dari segi keperibadian akhlak terutamanya.
Kewajipan amar maaruf nahi mungkar ini adalah kepada orang yang melihat kemungkaran tersebut. Kemungkaran sesuatu yang diingkar syarak seperti meninggalkan yang diwajibkan atau melakukan yang diharamkan secara terbuka atau terang-terangan.
Antara hadith lain yang menerangkan betapa beratnya tanggungjawab mencegah kemungkaran :
“Sesungguhnya Allah tiada menyiksa orang ramai dengan perbuatan orang-orang tertentu hingga mereka melihat mungkar itu berlaku di tengah-tengah mereka, sedang mereka berkuasa untuk mengingkarinya. Sekiranya mereka berbuat yang demikian itu, maka Allah menyiksa orang ramai dan orang tertentu itu.”
Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa seksaan Allah pada manusia adalah kerana kemungkaran dari orang-orang atau kumpulan tertentu.kemudian perbuatan itu dibiarkan terus berlaku oleh orang bertanggungjawab yang mampu mencegahnya.
Kewajipan mencegah kemungkaran adalah dituntut untuk dilaksanakan dalam suatu masyarakat, dan tiada gugur pertanggungjawapan ini bagi orang yang dapat melaksanakannya semata-mata kerana takut kehilangan namanya, kedudukan, pangkatnya dan takut akan dicela.
Ya. Kewajipan ini sememangnya  berat untuk dilaksanakan. Namun mulia  dan tidak mungkin orang sebarangan dapat melakukannya kerana ia memerlukan keberanian dan kekuatan jiwa yang tinggi.
*Berani berkata benar, berani betulkan yang salah , tidak takut menerangkan kebenaran.*

Saturday, June 15, 2013

Sebab perbuatan menghalangi doa part 2



Ketika Ibrahim bin Adham( seorang ahli tasawuf yang masyhur) berada di tengah-tengah  pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Ada diantara mereka yang bertanya kepada beliau: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya?
   Beliau menjawab: kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu
1.      1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haknya.
2.       2)Kamu sangka kamu cinta kepada rasulullah SAW tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3.       3)Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.       4)Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5.       5)Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6.       6)Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal kerananya.
7.       7)Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.       8)Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya.
9.       9)Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan  segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
10.   10)Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
m *Marilah kita bersama-sama merenung dan bermuhasabah diri*

Friday, June 14, 2013

Kepentingan kajian saintifik terhadap ibadah umat islam



Pada era sains  dan teknologi yang berkembang pesat  ini, pelbagai penemuan dan kajian saintifik  yang telah dilakukan oleh umat islam mahupun bukan muslim  bagi membongkar rahsia di sebalik pensyariatan ibadah tersebut yang datangnya dari Allah yang Maha Esa. Dalam pada itu kajian ini juga berkepentingan  untuk menepis serangan kejian saintifik dari sesetengan pihak yang mempunyai perasaan prejudis terhadap islam.
  Antara kajian saintifik yang telah banyak dijalankan adalah berkaitan dengan ibadah solat, haji, puasa , sunnah rasullullah, Al-Quran  dan lain-lain. Setiap kajian yang dilakukan banyak membuktikan  bahawa ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada rasulullah SAW 1400 tahun dahulu masih lagi relevan dan sofistikated di era arus kemodenan ini.
Hal ini juga membuktikan bahawa  jika kita tidak akan pernah sesekali akan kembali ke zaman unta jika kita mengamalkan agama islam seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Malah tamadun islam pada masa dahulu menjadi  catalyst atau mangkin bagi ilmu sains pada zaman moden ini.  Sebenarnya orang-orang barat tidak akan mampu meledakkan sains dan teknologi tanpa orang islam.  Sebagai contoh, Ibnu Sina atau Avicenna masih lagi digunakan bukunya dalam bidang perubatan moden  sehingga hari ini .
Hmmmm..Mengapa Ya orang islam boleh menjadi maju dalam bidang sains? Mengapakah islam tidak menyekat sebarang kemajuan yang  sains dan tidak hanya menyuruh umatnya hanya berzikir, bersolat , berpuasa serta ibadah lain tanpa memikirkan hikmah ensyariatan tersebut?
Ya...Mari kita amati ayat 190 hingga ayat  191, surahAli Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda –tanda untuk ulul albab , Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk ataupun dalam keadaan berbaring , dan mereka banyak berfikir tentang   perihal penciptaan langit dan bumi seraya berkata ‘’ Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia . Maha suci Engkau, lalu peliharalah kami daripada seksa neraka.”
Ayat ini meransang umat islam supaya menghiasi diri dengan zikir dan fikir. Dalam aspek fikir, mereka berfikir serta mengkaji perihal kejadian langit dan bumi. Pada hari ini, kita dapati golongan yang paling banyak berfikir dan mengkaji perihal langit dan bumi adalah golongan saintis , terutama yang menceburi bidang astrofizik , astronomi , dan geologi. Bagaimana boleh kita katakana Islam sebagai agama yang mundur, Sedangkan al-Quran mengalakkan umatnya berfikir sehingga menjadi pakar-pakar sains seumpama ini?
Next! Mari kita lihat pula ayat 33 daripada surah Al-Rahman yang bermaksud,”Wahai sekalian jin dan manusia , sekiranya kamu sanggup menembus( melintasi ) semua  penjuru langit dan bumi, lintasilah, Kamu tidak akan menembusnya melainkan dengan kekuasaan.”
Dalam tafsir al-Azhar, Hamka berkata, ‘’kebebasan diberikan kepada kita bagi melintasi alam ini sepenuh tenaga , dengan segenap akal dan budi, kerana mendalamnya pengetahuan,”
Inilah yang Berjaya melahirkan tamadun luar biasa serta melahirkan ramai saintis dalam pelbagai bidang ilmu dengan berbekalkan Al-Quran dan Assaunah sebagai rangsangan.

Monday, June 10, 2013

Wajibkah bertudung?


tudung berbelit

komik ini khas kepada semua pembaca. Tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
oleh :khadijah

Saturday, May 25, 2013

Buat Insan Yang Membaca Warkah Ini


Wednesday, May 22, 2013

Akibat tidak cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini. Penulis pasti anda adalah dari kalangan golongan yang dahagakan ilmu dan berada dalam rahmat Allah .Amin...
Baiklah, pada post kali ini penulis akan berkongsi kepada anda tentang kepentingan cinta seorang kepada saudara.

 Sebelum itu kami akan menerangkan maksud hadis yang terdapat di dalam gambar. Hadis ini menceritakan tentang hubungan  cinta seseorang kepada saudaranya yang lain seperti ia mencintai dirinya sendiri dan hubungan cinta tersebut dengan iman. Dalam pada itu, hadis ini mempunyai kaitan dengan adab yang baik bagi seseorang Islam terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang selalu terjalin dengan baik dan istana kedamaian dapat dibina dalam masyarakat.

Cinta yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah yang didasarkan kepada agama, bukan peri kemanusiaan semata-mata. Ia juga bermaksud cinta untuk memperolehi manfaat dan kebaikan.
 Erti tiada beriman dalam hadis ini pula adalah ketidaksempurnaan iman ( bukan ketiadaan iman) dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya yang lain seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Namun, apakah yang akan berlaku jika manusia tidak mencintai saudaranya yang lain? Imam Nawawi ada mengatakan:" Apabila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri, maka ia adalah seorang pendengki (tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya).

Pendek kata menurut pendapat Imam Ghazali ada 3 macam:
  1. Bercita-cita supaya terus hilang nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
  2. Bercita-cita supaya hilang nikmat itu sekalipun tidak mendapatnya. Hal ini kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Ini lebih jahat bencananya dari yang pertama.
  3. Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang lain lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat kebahagiaan daripadanya, Apa yang disukai biarlah sama taraf dengannya, tidak lebih. Ini juga diharamkan kerana Allah terang-terang tidak suka kepada pembahagian Allah  yang diterangkan dalam firmanNya:
"Adakah mereka  (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan kamu? Kami telah membahagikan diantara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia ini."
(surah Al-Zukhruf: Ayat 32)

Sebenarnya Allah tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tidak ada perasaan insaf dan tinbang rasanya atau kasih sayangnya.

Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang tidak baik datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada kami. Wallahualam.
Credit to: Hadith 40, Terjemahan dan syarahan,Mustafa Abdul Rahman.