BERSAMA PMKI UNISZA

Saturday, June 15, 2013

Sebab perbuatan menghalangi doa part 2



Ketika Ibrahim bin Adham( seorang ahli tasawuf yang masyhur) berada di tengah-tengah  pasar Basrah, beliau dikerumuni orang ramai. Ada diantara mereka yang bertanya kepada beliau: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya?
   Beliau menjawab: kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu
1.      1) Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haknya.
2.       2)Kamu sangka kamu cinta kepada rasulullah SAW tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
3.       3)Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.       4)Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5.       5)Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6.       6)Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal kerananya.
7.       7)Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.       8)Kamu berkata mati itu benar tetapi tidak bersedia untuk menghadapinya.
9.       9)Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan  segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
10.   10)Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
m *Marilah kita bersama-sama merenung dan bermuhasabah diri*

0 comments: