This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Saturday, December 8, 2012

SEJARAH TERCETUSNYA TAKWIM HIJRAH

   Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Ia merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

   Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

   Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

   Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.

   Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

   Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Takwim Islam yang rasmi.


SUMBER: JABATAN MUFTI TERENGGANU (Klik untuk buka)

Sunday, October 21, 2012

SUKAN : APA KATA ISLAM MENGENAINYA??



SUKAN : APA KATA ISLAM MENGENAINYA ?? 


Bismillahirrahmanirrahim,, SALAM MAHABBAH BUAT SEMUA MAHASISWA/WI UNISZA yang sudi singgah sebentar di blog PMKI ini........apa yang menarik sangat dalam blog ni? Blog ni sekadar perkongsian yang di lontarkan oleh barisan pimpinan PMKI untuk tatapan pembaca semua.. mudah-mudahan mendapat manfaat walaupun sedikit.. 

BOLA..BOLA..BOLA.. GOLLLLLLLLL.. berdesing telinga mendengar pekikan suara yang entah dari mana datangnya.. GOLLLLLL... sekali lagi...GOLLLLLLLLL.. apesal riuh sangat kat kafe ni.. oh bola kelantan lwn ATM.. patut pun.. lalu blok mahasiswi.. GOLLLLL.. aihh, deme ni tengok bola jugak ke.. bingit telinga ni di buatnya..boleh tahan jugak mahasiswi UniSZA abad moden ni.. dan akhirnya ... TAHNIAH PADA PASUKAN KELANTAN  yang telah menjadi juara bagi PIALA MALAYSIA buat kali ke 2 mlm tadi menentang Angkatan Tentera Malaysia, yang berlangsung semalam di Stadium Ahah Alam Selangor,, ( 3 – 2) .. kira ok la tu daripada xde kan.. walaupun saya bukanlah seorang peminat bolasepak yang tegar dan saya juga bukanlah orang Kelantan tetapi saya turut berbangga apabila negeri Kelantan dijadikan role model abad ini,, dek kerana Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang amat subur dengan majlis-majlis Ilmu,, malah mendapat title negeri Serambi Mekah...tempat lahirnya para alim ulama’.. pemimpinnya sentiasa mengambilkira syariat Ilahi di dalam tampuk pemerintahannya.. Subhanallah untungnya orang Kelantan.. rugi kalau xambil peluang ni.. (budu je masih xboleh telan lagi.. ^^) 

Alang-alang bercerita mengenai sukan,, ingin saya kongsikan pd pembaca semua berkisar mengenai SUKAN DALAM ISLAM.. bukan apa yang kita anjurkan dalam sukan tetapi apa yang Islam anjurkan dalam Sukan...

 Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam hadith, Rasulullah SAW memerintahkan kepada kita dengan sabdanya :  

“Ajarlah anak-anak kamu berenang, 
memanah dan menunggang kuda”. 

Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam meletakkan kepentingan bersukan dalam melatih individu Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”


Bagaimana Islam Memandang Sukan?


>> Islam tidak melarang umatnya untuk memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: 

                                           “Orang beriman yang kuat lebih baik dan 
                         lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim)



Kesan Sukan Kepada Badan


>> Di dalam kitabnya yang terkenal „Zad-Al-Ma`aad‟, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.



Bersukan Dalam Islam


>> Fakta!! Islam menggalakkan bersukan dan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati. Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti dihindari.


>> Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.


>> Dalam pertandingan, seorang Muslim tidak lupa adab memberikan pihak lawan layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk)”


 Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong   meninggalkan tugas-tugas agama ( fardu ain ) dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.

7- Setiap pertandingan tidak mengandungi unsur maksiat yang lain.




P/s : elakkan bersukan dan bertanding dek kerana kepentingan peribadi (macam dalam gambar ni).. dan bagi kaum muslimin, wajib tutup bahagian LUTUT apabila bersukan, dsb.. bagi kaum Muslimah,, aurat yang perlu di tutup adalah kesemua anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan (aurat bagi kaum muslimah tetap sama dalam apa jua situasi apabila keluar daripada rumah atau tempat tinggal)... insyaAllah sama-sama kita ambil manfaat daripadanya.. ISLAM ITU INDAH & MUDAH jika di praktikkan..


Oleh : Marina Binti Mat Arus| EXCO SUKAN &  KESENIAN PMKI Unisza  2011/2012

Monday, October 1, 2012

Nilai Sebuah Kehidupan

   Adakah dinamakan kehidupan jika tiada gembira dan duka, jaya dan gagal, seronok dan sunyi, tenang dan gelisah serta apa jua rasa yang menyenangkan dan meresahkan kita?

   Tiada seorang insan pun yang terkecuali daripada rasa-rasa ini. Hatta seorang gila pun tetap melaluinya walaupun akalnya tidak lagi memberi respons yang normal terhadap rasa-rasa ini. Segala rasa inilah yang mewarnai insan jua kehidupannya. Segala rasa yang menyenangkan itu pada insan merupakan suatu kenikmatan. Segala rasa yang tidak menyenangkan itu pula suatu musibah.

   Namun, apalah gunanya gembira jika diri jauh dari Tuhan?  Apalah gunanya berjaya andai Tuhan membenci diri? Apalah gunanya berduka andai tidak ingat pada Tuhan? Apalah gunanya resah jika tidak kembali kepada Maha Pemberi yang memberi ketenangan?

   Nilai hidup ini secara tepatnya bergantung kepada soal siapa kita pada Tuhan. Walaupun pujian manusia menggunung tinggi tetapi di sisi Allah hina dan keji, tetap tiada gunanya. Sebaliknya andai seluruh manusia mencaci maki dan membuang kita ke tepi, tetapi pada Allah mulia dan terpuji, itulah nilai kehidupan yang paling tinggi. Tinggi rendah nilai hidup ini segalanya menurut penilaian Ilahi.

Begitulah firman Tuhan mengingatkan insan yang beriman;

    "Dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah bersedih. Kamulah yang paling tinggi (darjatnya) sekiranya kamu beriman ."  (Surah ali Imran: 139)

   Allah menjelaskan kepada insan bahawa sesiapa yang mahukan diri dan hidupnya bernilai pada-Nya mestilah tetap beriman dalam apa jua keadaan; waima lemah mahupun sedih. Mendahulukan penilaian iman, itulah yang Allah ajarkan bukannya menurut rasa hati diri semata-mata. Manusia tidak akan mampu membunuh keutamaan ini dengan apa cara sekalipun.

   Saat ini,pilihan di tangan kita. Terpulang kepada kita sama ada mahukan kehidupan yang tinggi nilainya ataupun yang rendah sekali nilainya.

Wallahu'alam.


Oleh: Mohamad Hamiduddin Bin Ismail | EXCO Publisiti & Penerangan PMKI | http://bicaramusafirv1.blogspot.com

Tuesday, September 4, 2012

Program Minggu Aspirasi Rauhdatul Ilmi (MARI)


Temui Imam Muda Najdi di "Malam Mahabbah Rasulullah" pada 6 Sept 2012 ini di Dewan 


Kuliah Utama (DKU) UniSZA anjuran Persatuan Mahasiswa Kotemporari Islam (PMKI).

Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma.Ayuh jangan lepaskan peluang ini!


BERSAMA HIDUPKAN CINTA RASULULLAH DALAM DIRI

Allahumma Solli 3ala Muhammad





Temui Hilal Asyraf dalam Minggu Aspirasi Raudhatul Islam dalam siri Bedah Buku "Irkam


 Maana" (Naiklah bersama kami) anjuran

Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI). Butiran adalah seperti berikut :


Tarikh : 7/9/12 ( jumaat )


Masa : 8.30 pagi


Tempat : Auditorium Bangunan Akademik.


Pendaftaran : RM3 seorang (untuk makanan).*Tempat terhad kepada 250 orang sahaja.


*Pendaftaran boleh dibuat dengan m'ghubungi saudari Nur Wahidah Jaafar (0133791668) dan 

saudari Hafizah Rohaizab (0145442060)

*Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan buku Irkam Maana (RM20) atau Sebelum 

Aku Bernikah (RM20), sila buat pesanan

 kepada saudari Nur Wahidah dan saudari hafizah.





|MALAM ASPIRASI MARI|

tarikh:7/9/12(jumaat)

masa:9-11malam

tempat:DKU

 Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam[PMKI] akan menganjurkan pertandingan nasyid terbuka kepada 
SEMUA MAHASISWA.




Syarat2 Penyertaan :

- LELAKI sahaja

- terbuka kepada individu @ berkumpulan. Bil ahli u satu kumpulan 5-7 org shj.

- dikehendaki membawa 1 lagu shj.

- TEMA - "KEDAMAIAN , KEAMANAN @ MAHABBAH RASULULLAH SAW."

- dikehendaki membawa minus one sndiri.

*kepada y brminat, pm saudari nurul nadhirah : 0148319443 @ 0145122043

AyUh MARI ! ^^ 

Terbuka kepada Fakulti
! Jangan Lepaskan Peluang !!




[KONSER AKU BERSAMA PALESTINA]

[TARIKH: 8 SEPTEMBER 2012]

[TEMPAT: DKU]


 Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam(PMKI),menganjurkan Konsert `Aku Bersama 

Palestina`.

Penampilan khas oleh Bro Muadz dan Aqsa Syarif.....
& turut disajikan juga

 persembahan sajak 

-ceramah mengenai palestin 

serta PAMERAN MENGENAI PALESTIN!!!

Terbuka kepada semua. Masuk adalah percuma.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini!!!!!

#OPEN YOUR EYES, YOUR HEARTS, YOUR MINDS


Sunday, September 2, 2012

::: JOM BERSUKAN ::



::: SALAM UKHWAH FILLAH BUAT SEMUA YANG SINGGAH DI BLOG PMKI NI.. ^^ :::

JOM BACA SIKIT MENGENAI ADAB-ADAB BERSUKAN DALAM ISLAM...

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)




Bersukanlah... tetapi jaga batasnya,, Rasulullah saw juga gemar bersukan.. apa jenis sukan yang di lakukan oleh baginda Nabi saw?? tunggu post saya yang seterusnya.. :) jaga kesihatan, mudah-mudahan mudah untuk kita beribadah... insyaAllah :)


Oleh : Marina Binti Mat Arus| Exco Sukan & Kesenian PMKI 2011/2012
                           

Tuesday, August 28, 2012

Jalan Kehidupan

Insan bebas menentukan jalan kehidupan yang selesa dan sesuai dengan fitrah dirinya. Namun jalan-jalan yang dipilih itu wajib tidak bertentangan dengan al-Quran dan asSunnah. Juga sudah menjadi sunnatullah, semakin dewasa insan itu semakin sukarlah jalan kehidupan yang perlu ditempuhinya. Semakin besar tanggungjawabnya dan bebanan yang perlu dipikul.


Namun, ramai insan rebah dalam mendepani realiti kehidupan ini. Begitulah Allah memilih hambaNya yang benar-benar beriman .Insan ditapis dengan ujian dan dugaan yang melanda, sama ada terus bertahan dan beriman ataupun berputus asa dan berhenti berusaha.

Bagi yang terus bertahan, masih ada ujian yang menanti. Kadangkalanya, kita ditentang dan dibenci diam-diam. Kadangkala kita dipuji dan dirai.Kadangkalanya ada insan yang berdendam dengan kita atau mungkin kita yang berdendam dengan insan lain.

Mengapa perlu menyimpan dendam? Maafkan dan cubalah untuk melupakan kesilapan insan. Sama ada insan sedar atau tidak dendam itu sebenarnya hanya merosakkan jiwa insan itu sendiri. Inilah yang dimaksudkan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam buku 'Di Manakah Kesilapan Kita?'. Tatkala beliau mengupaskan topik 'Kemampuan umat Islam pada bilangan tidak berfungsi',katanya umat ramai tapi berpecah-pecah.Beliau menasihatkan agar mengutamakan Islam berbanding perasaan diri sendiri. Bersatu dan berganding bahulah dalam menggerakkan Islam. Kita tidak disuruh mencari luka dalam berjuang. Namun, adakah dikatakan berjuang jika tidak ada luka?

Inilah warna kehidupan. Namun, bukan interaksi insan lain yang menentukan siapa diri kita secara tepat, tetapi pandangan Allah sahajalah yang menentukan siapa kita. Apabila insan semakin menyedari hakikat ini, insan semakin tenang dan redha dengan dugaan yang mendatang.

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman', sedang mereka belum diuji? " 
(Surah al-'Ankabut:2)