BERSAMA PMKI UNISZA

Tuesday, June 25, 2013

Jangan MARAH!!!

Dari Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW: Berilah wasiat kepada aku. Sahut Nabi: Janganlah engkau marah. Kemudian ia mengulangi beberapa kali. Sabdanya: Janganlah engkau marah.
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

"Janganlah marah"yang rasulullah katakan kepada lelaki itu ialah jangan turut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Hal ini kerana kemarahan adalah satu tabiat manusia yang tidak dapat dihapuskan.

Rasulullah juga bersabda pada hadith yang lain: "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam. Cubalah ia lihat bila salah seorang kamu dalam kemarahan, kedua matanya merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang berasa marah maka hendaklah ia berbaring atau duduk di atas bumi."
Dan pernah juga rasulullah menerangkan: "BAhawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhu'.

Kesimpulannya, marah adalah salah satu sikap yang perlu dihindari bagi mewujudkan kedamaian masyarakat sejagat dari berpecah belah dan sesungguhnya Allah menyukai orang yang menyebarkan bunga-bunga kebaikan.

0 comments: