BERSAMA PMKI UNISZA

Sunday, June 16, 2013

Amar Maaruf Nahi mungkar Tanggungjawab Semua



Dari Abi Said al khudri RA katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: BArangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tiada berkuasa , maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemah iman.
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa pentingnya mencegah kemungkaran dan melakukan amar maaruf  kepada umat islam kepada masyarakat. Hal ini demikian adalah  demi menyebarkan kebaikan dan mengelakkan masyarakat menjadi punah dan hancur dari segi keperibadian akhlak terutamanya.
Kewajipan amar maaruf nahi mungkar ini adalah kepada orang yang melihat kemungkaran tersebut. Kemungkaran sesuatu yang diingkar syarak seperti meninggalkan yang diwajibkan atau melakukan yang diharamkan secara terbuka atau terang-terangan.
Antara hadith lain yang menerangkan betapa beratnya tanggungjawab mencegah kemungkaran :
“Sesungguhnya Allah tiada menyiksa orang ramai dengan perbuatan orang-orang tertentu hingga mereka melihat mungkar itu berlaku di tengah-tengah mereka, sedang mereka berkuasa untuk mengingkarinya. Sekiranya mereka berbuat yang demikian itu, maka Allah menyiksa orang ramai dan orang tertentu itu.”
Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa seksaan Allah pada manusia adalah kerana kemungkaran dari orang-orang atau kumpulan tertentu.kemudian perbuatan itu dibiarkan terus berlaku oleh orang bertanggungjawab yang mampu mencegahnya.
Kewajipan mencegah kemungkaran adalah dituntut untuk dilaksanakan dalam suatu masyarakat, dan tiada gugur pertanggungjawapan ini bagi orang yang dapat melaksanakannya semata-mata kerana takut kehilangan namanya, kedudukan, pangkatnya dan takut akan dicela.
Ya. Kewajipan ini sememangnya  berat untuk dilaksanakan. Namun mulia  dan tidak mungkin orang sebarangan dapat melakukannya kerana ia memerlukan keberanian dan kekuatan jiwa yang tinggi.
*Berani berkata benar, berani betulkan yang salah , tidak takut menerangkan kebenaran.*

0 comments: