BERSAMA PMKI UNISZA

Wednesday, June 19, 2013

MAlu

Dari Abi Mas'ud Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri RA, katanya:Rasulullah SAW bersabda: Bahawasanya sesetengah yang didapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu; ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki.
(Diriwayatkan oleh Bukhari)

Assalamualaikum, pada post kali ini kami akan berkongsi kepada anda serba sedikit berkenaan malu dan jenisnya. Pada hadis ini, malu bermaksud perasaan yang mendesak seseorang seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji.MAlu adalah salah satu dari akhlak islam yang mulia kerana malu merupakan pengajaran rasulullah adalah baik sacara keseluruhannya.

 Sumber perasaan malu ini datangnya dari hatu nurani atau jiwa yang sedar nilai diri yang percaya kepada pengawasan ilahi atas gerak-geri, yang menyebabkan terpelihara zahir dan batin dari perbuatan keji dann unsur maksiat yang boleh membawa seseorang jauh dari redha Allah.
MALU ada 2 jenis:

  1)Malu yang asli
MAlu yang menjadi tabiat dan perangai seseorang sejak dilahirkan di dunia ini. Ini adalah dari segi akhlak yang mulia kalau malu itu menjadi kekuatan yang mencegah larangan serta mendorong ke arah kebaikan.
2) MAlu yang diusahakan melalui pengajaran ketuhanan dengan cara mengenal Allah, menginsafi kebesaran-Nya atau kegagahan-Nya dan yakin kepada penguasaannya. Hal ini adalah setinggi-tinggi iman yang masuk dalam linkungan tingkatan ihsan yang terpuji.

Kedua-dua jenis malu adalah sangat penting dalam kehidupan harian kita kerana tanpa rasa malu di dalam diri kita, kita akan menjadi manusia yang tidak berakhlak serta akan melakukan perbuatan yang durjana serta mencolok mata.

Namun, terdapat juga malu yang tercela dan tidak dikehendaki iaitu malu berkata yang benar pada hal tiada sebarang halangan untuk yang demikian itu. Contohnya,malu untuk menyuruh yang baik dan melarang yang jahat. Pada pandangan syara' ini bukannya malu akan tetapi pengecut

Akan tetapi, jika ingin memahami agama atau hukum tidak boleh ada perasaan malu bagi bertanya sesuatu yang tidak diketahui. Hal ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan buat selama-lamanya. Bak kata pepatah melayu: MALU BERTANYA, SESAT JALAN.

Sehubungan dengan ini, Aisyah RA pernah memuji perempuan-perempuan Madinah kerana mereka tidak malu bertanya perkara agama, kata Aisyah:
"Sebaik-baik perempuan ialah perempuan-perempuan Ansar yang tidak menghalangi mereka oleh malu dari bertanya perkara agama nmereka."

 Namun, sebaik-baik malu adalah malu kepada Allah kerana malu kepada Allah akan menghindarkan manusia daripada kemunafikan dan riak serta pelbagai sifat mazmumah yang lain disamping bisa mendapat redha Allah di dunia dan akhirat.

Wallahu A'lam:)

0 comments: