BERSAMA PMKI UNISZA

Monday, July 1, 2013

Jom bersahur!

Jom bersahur!
Bersahur adalah sangat penting pada bulan ramadhan walaupun ramai diantara kita yang mengabaikan dan memandang enteng terhadap sahur. Namun,sahur mempunyai banyak kebaikan yang dapat kita sudah maklum dengan disokong dengan pelbagai hadis dari ramai periwayat seperti:

Rasulullah bersabda:
"Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu terdapat keberkatan"
(bersahur dikaikan dengan keberkatan(rahmat,kebaikan serta restu Ilahi)

Rasulullah berkata:
"Perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab adalah dengan bersahur"
(Betapa besarnya perbezaan status kepentingan bersahur sehingga menjadi pembeza antara ahli kitab dengan umat islam)

Zaid bin Thabit berkata,"Kami pernah bersahur bersama nabi. KEmudian kami bangun pagi melakukan solat (subuh)."Kemudian Zaid Bin Thabit disoal:"berapa lama antara bersahur dan solat subuh". Berkata Zaid,"Sekadar  membaca 50 ayat".
(diriwayatkan oleh Bukhari)

Dalam pada itu' bersahur juga sangat penting untuk kesihatan tubuh badan. Pernahkah anda berasa letih, lemah dan lesu jika tidak bersahur? Bagaimana pula jika kita bersahur? Pasti kita dapat menumpukan perhatian semasa belajar, berasa aktif dan bertenaga hasil daripada keberkatan bersahur.Ya, dari sudut kesihatan juga, terdapat pelbagai kajian yang dibuat berhubung dengan kepentingan bersahur dan kesan jika tidak bersahur.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan bersahur, akan tetapi kebaikan bersahur yang paling penting adalah ibadah kerana puasa adalah dari sunnah nabi dan pastinya akan mendapat keberkatan daripada Ilahi. Syukran.
wallahualam...

0 comments: