BERSAMA PMKI UNISZA

Sunday, July 21, 2013

Sukan mahabbah PMKI 2013

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, bersyukur ke atas limpah kurnia serta hidayahnya dapat lagi kita hidup di atas muka bumi Allah ini sebagai khalifah allah di muka bumi ini. Moga kita dapat dipanjangkan umur dengan dipenuhi dengan pelbagai amalan kebajikan dan  rahmat dari Allah SWT..Amin

Pada...Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam telah mengadakan Program Sukan Mahabbah bersama adik-adik semester 1 sesi 2013\14. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan jalinan mahabbah antara wakil dari senior PMKI dengan junior dengan mengadakan beberapa aktiviti sukan seperti bola tampar, bola jaring dan futsal.

Sukan ini diadakan di padang futsal lama dan padang bola tampar berdekatan blok othman.Program ini bermula pada seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran dan kehadiran dari peserta.
Selepas itu, sebelum aktiviti sukan dijalankan para peserta diminta bagi melakukan regangan sebelum melakukan aktiviti sukan bagi mengelakkan sakit otot atau kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.

Apa yang menarik tentang para peserta kali ini adalah mereka sangat bersemangat dan mempunyai bakat dalam sukan.Setelah semua aktiviti selesai para peserta telah diberi sedikit jamuan bagi menghilangkan keletihan. pada pukul 11.30 pagi,majlis penyampaian hadiah diadakan untuk memberi ganjaran bagi pemenang.Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang sukan mahabbah serta kepada yang menjayakan program ini. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diadakan lagi .Sekian terima kasih.
"KESEPADUAN MAHASISWA PEMANGKIN PENGISLAHAN UMMAH'









0 comments: