Bismillahirahmanirrahim, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta hidayahnya dapat lagi diberi peluang oleh Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Pemurah iaitu Allah SWT untuk hidup di muka bumi yang hadis ini bagi berkhidmat sebagai hambanya yang ditaklifkan bagi beribadat dan melakukan ketaatan kepadanya. Amin, semoga kita termasuk di dalam golongan hambanya yang soleh bukan yang tersasar dari sirat kebenaran. Amin.
Pada tanggal 26 Julai 2013, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam dengan kerjasama helwanis syubah yang bernaung di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam telah mengadakan satu program yang sangat menarik iaitu "I'M THE SECOND AISYAH".
Program ini adalah berkisar tentang bagaimana seorang mahasiswi atau wanita boleh menggunakan Aisyah Humaira RA iaitu ummul mukminin dan isteri rasulullah yang terkenal dengan sifat tekun menuntut ilmu dan tegas dalam menyampaikan kebenaran Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan di era millennia ini.
Alhamdulillah, program bicara santai yang disampaikan oleh Ustazah Lateefah Kasamasu ini berjaya menambat hati para peserta dengan pelbagai ilmu dan tips yang bermanfaat serta berguna bagi mahasiswi terutamanya apabila berhadapan degan masyarakat.
Akhir kalam, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta dan urusetia program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Sekian, wallahualam.
0 comments:
Post a Comment