This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Friday, February 14, 2014

Valentine's Day VS Maulidur Rasul: Sorotan Sejarah & Kecelaruan Pemahaman Manusia Tentang Cinta

Sebulan yang lalu, umat Islam di serata dunia, terutamanya negara kita Malaysia, telah pun mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Ada sebahagian ahli masyarakat kita yang merasakan ia tidak perlu disambut, dan tidak kurang juga sesetengah kumpulan "ultras-" yang berkeras mempertahankan sambutan sebegini, walaupun mereka sendiri hakikatnya tidak menghayati sirah Rasulullah S.A.W secara keseluruhannya. Ada yang menyambutnya dengan berarak, berqasidah, bernasyid, berselawat, serta mengadakan majlis-majlis memperingati Rasulullah S.A.W dalam pelbagai bentuk. Ramai masyarakat kita yang kelihatan bersemangat berarak, mengangkat sepanduk, mengalunkan selawat, serta mengaku dirinya "KAMI AMAT MENCINTAIMU, YA RASULULLAH!", tapi dalam masa yang sama, muka-muka inilah juga yang menganjurkan maksiat, dan merekalah juga yang menafikan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Malah lebih teruk lagi, ada yang mengisinya dengan program yang menyalahi hukum syarak.

Benar, sambutan ini tiada pada zaman Rasulullah S.A.W. Kerana apa? Baginda tidaklah menyuruh kita untuk mencintainya hanya pada hari-hari tertentu, dan musim-musim yang tertentu. Menyambut kelahiran Baginda S.A.W bukanlah seperti menyambut musim buah durian, apatah lagi menunggu Komet Halley yang muncul hanya 80 tahun sekali. Malah para sahabat, tabiin serta para salafussoleh kemudiannya, tiada yang menyambutnya sebagai hari perayaan sebagaimana Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Apa yang penting bagi mereka adalah, mencintai dan menghayati sirah kehidupan Baginda tidak kira masa dan keadaan. Mereka merasakan tidak perlu kerana vakum antara zaman kewafatan Rasulullah dan zaman awal generasi Islam adalah dekat. Mereka merasakan roh perjuangan hidup Rasulullah S.A.W sangat dekat dengan diri mereka. Sehinggalah selang beberapa abad, apabila umat Islam pada masa itu makin hilang penghayatan Islam dalam diri mereka, serta berlakunya perpecahan yang amat ketara dalam kalangan masyarakat, maka sambutan ini diperkenalkan.

Perayaan ini diperkenalkan oleh Raja Irbil (kini terletak di wilayah Iraq), Sultan Muzhaffaruddin Al-Kaukabri pada kurun ke-7 Hijrah. Menyedari dirinya, para menterinya serta masyarakatnya makin hari makin berkurang penghayatan cinta terhadap Rasulullah S.A.W maka Sultan Al-Kaukabri memperkenalkan sambutan yang diberi nama "Maulid Nabi", sempena memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W. Ibn Katsir dalam kitabnya "Tarikh" telah meriwayatkan bahawa:

"Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara gilang-gemilang. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil (semoga Allah merahmatinya)"

Dalam riwayat lain menyebut bahawa Sultan Al-Kaukabri telah membuat banyak persiapan sebelum menyambut kedatangan hari tersebut. Sebanyak beribu-ribu ekor kambing dan unta telah dibeli dan disembelih olehnya untuk dijuadahkan kepada hadirin yang hadir dalam majlis perayaan tersebut. Tetamu majlis yang dianjurkannya terdiri daripada para ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu, serta keseluruhan rakyat jelata yang ada pada masa itu. Para ulama' menyetujui perayaan Maulid, serta menganggap baik untuk disambut oleh umat Islam pada masa itu.

Valentine's Day

Perayaan Hari Valentine (Valentine's Day - Hari Kekasih) merupakan perayaan yang diamalkan oleh masyarakat Barat sejak turun-temurun. Hari Valentine disambut untuk meraikan rasa kasih sayang sesama kekasih. Kaum Adam mengekspresikannya dengan menghadiahkan bunga, menghantar kad ucapan lafaz cinta, serta mengadiahkan manis-manisan, terutamanya coklat, kepada kaum Hawa. Antara simbolik yang digunapakai dalam perayaan masa kini ialah bentuk hati, burung merbuk serta dewa Cupid bersayap.

Menurut kepercayaan sesetengah pihak, ia disambut sempena memperingati ke"syahid"an St. Valentine yang telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh maharaja Rom, Kaisar Claudius II. Claudius II merupakan penyembah dewa masyarakat Rom. Apabila datangnya para mubaligh yang menyebarkan ajaran Kristian, maka ramai yang telah keluar daripada agama asalnya. St. Valentine merupakan salah seorang mubaligh tersebut. Menyedari makin ramai rakyatnya yang menganuti agama baru itu, maka Kaisar telah bertindak menangkap dan memenjarakan kesemua mubaligh yang ada. Tidak cukup di luar, di dalam penjara pula St. Valentine telah me"murtad"kan lagi banduan-banduan yang ada dengan lebih agresif. Malah beliau juga telah jatuh cinta dengan salah seorang pegawai penjara. Meskipun diseksa dengan pelbagai cara, namun itu tidak mematahkan semangatnya. Apabila diberi pilihan sama ada untuk meninggalkan agama Kristiannya atau mati, beliau rela memilih dibunuh. Akhirnya beliau dijatuhkan hukuman maut oleh Kaisar, tetapi sebelum itu St. Valentine sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut.

Menurut riwayat lain, Kaisar Claudius II pada masa itu berpendapat bahawa tentera yang muda dan belum berkahwin adalah lebih berkualiti perkhidmatannya dalam ketenteraan, terutama ketika peperangan dan pertempuran sedang berlaku. Tidak cukup para pemuda Rom dibebankan dengan kewajipan menyertai tentera, Claudius telah pun menetapkan peraturan bahawa setiap dari tentera adalah tidak boleh berkahwin sama sekali. Atas tindakan ini, ramai yang telah bertindak berkahwin secara senyap-senyap. St. Valentine telah mengahwinkan ramai dari mereka. Akhirnya, beliau dijatuhkan hukuman mati.

Dalam kajian yang telah dibuat oleh sejarawan Islam pula, didapati mempunyai perspektif yang tersendiri. Terdapat dua versi dalam penceritaan asal-usulnya. Versi pertama menceritakan bahawa St. Valentine merupakan seorang paderi yang terkenal di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Valentine's Day yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri mempunyai pelbagai versi, manakala bagi Kristian terdapat 14 perspektif yang ada. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordoba, Andalusia (Sepanyol). Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga St. Valentine dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekali gus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentine sebagai rakyat Cordoba. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentine tersebut terus diingati dan rakyat Cordoba mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Cordoba Ratu Isabella itu.

St. Valentine berjaya mengubah budaya masyarakat Islam Cordoba pada masa itu - secara senyap - dengan budaya berdua-duaan antara lelaki dan perempuan, terutamanya dalam kalangan anak muda, tanpa ikatan pernikahan yang sah. Akibatnya, berlaku kerosakan dan kepincangan dalam masyarakat tersebut, terutamanya dari segi budaya. Kelemahan umat Islam pada masa itu amatlah ketara, dan akhirnya menyebabkan pihak musuh berjaya menakluk serta menjatuhkan kerajaan Islam Andalus. Semasa penaklukan berlaku, tentera Sepanyol telah bertindak membunuh hampir kesemua rakyat yang beragama Islam, sehingga digambarkan oleh sesetengah sejarawan Islam bahawa sungai telah bertukar menjadi warna merah disebabkan banyaknya tumpahan darah.

Menurut versi kedua pula, St. Valentine sebelum kejayaan menumpaskan kerajaan Islam Andalus, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian bermazhab Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentine terpaksa mengabaikan kekasih pertama dan mengutamakan kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentine terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini menyebabkan timbulnya desas-desus dalam kalangan rakyat Cordoba sendiri kerana St. Valentine merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentine lantas memenjaranya itu buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa beliau, dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentine sendiri.

Valentine’s Day juga adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Rom kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari. Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata 'galentine' yang bererti 'galant' atau 'cinta'. Persamaan bunyi antara 'galentine' dan 'valentine' menyebabkan orang berfikir bahawa seelok-eloknya para pemuda mencari pasangan hidupnya hendaklah pada 14 Februari.

Meskipun dari segi sejarahnya jelas menunjukkan bahawa Valentine's Day adalah berasal daripada Kristian, namun amat menyedihkan apabila umat Islam di seluruh dunia juga terikut-ikut dengan budaya ini. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Barang siapa yang meniru atau mengikuti sesuatu (agama) kaum itu, maka dia termasuk kalangan itu" (Riwayat Abu Daud).

Firman Allah S.W.T:

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berbohong (terhadap Allah).” (al-An’am : 116)

Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal-usul Hari Valentine. Pada zaman sekarang ini orang mengenal dan menyambut Valentine dengan menghantar kad ucapan, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya. Umat Islam tidak sepatutnya meletakkan hari Valentine sebagai hari berkasih sayang, kerana dalam Islam hari berkasih sayang adalah sepanjang hari dan sepanjang tahun, sebagaimana Mawlid Nabi yang tidak khusus hanya pada bulan Rabiul Awwal.

Pemahaman Terhadap Cinta

Cinta kepada Allah dan Rasul sememangnya tidak boleh disamakan dengan cinta antara manusia. Cinta manusia hanya bertahan sehingga mati sahaja, manakala cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa ke akhirat. Cinta kepada Allah adalah dengan mengabdikan diri kepadaNya, melakukan segala yang diperintahNya, serta meninggalkan segala larangannya. Manakala cinta kepada Rasul pula adalah dengan memahami, menghayati dan mengamalkan segala sunnah yang telah ditinggalkan oleh Baginda.

Umum mengetahui bahawa cinta merupakan fitrah yang sememangnya diciptakan oleh Allah untuk setiap makhluk, terutamanya manusia. Allah telah menetapkan bahawa lelaki fitrahnya akan menyukai perempuan, dan perempuan akan mencintai para lelaki. Allah S.W.T berfirman:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanita dan anak-anak…" (Surah Ali 'Imran, 3: 14)

Namun adakah cinta itu bersifat bebas di sisi Allah? Tidak sama sekali. Cinta itu sifatnya tulus, suci dan muluk. Cinta tidak boleh bercampur dengan kemaksiatan, dan mestilah seiring dengan pengabdian diri kepada Allah. Sifat cinta itu diciptakan oleh Allah dengan sebuah ketulusan untuk mencintai, kelembutan untuk menyayangi, dan keadilan untuk saling bersatu hati. Dengan kata lain, perzinaan dan perkara yang membawa kepadanya, bukanlah merupakan satu bentuk ekspresi cinta yang mutlak. Sekiranya benar si jejaka itu mencintai seorang wanita, maka sudah tentulah dia akan memastikan gadis idamannya itu terpelihara maruahnya dan terjaga kehormatannya.

Sebaliknya, perkahwinan yang dianjurkan oleh Islam, sememangnya merupakan ekspresi cinta manusia yang sebenar, kerana kehormatannya telah dijaga dengan sempurna. Ikatan perkahwinan yang sah, hubungan yang tulus antara pasangan serta diiringi dengan keredaan oleh Allah, maka cintanya adalah bersifat kekal hingga ke akhir hayat. Adapun perzinaan hanya didasari oleh ketamakan hawa nafsu yang bersifat tidak kekal dan hanya merosakkan hubungan antara manusia. Ini bermakna, mereka yang menjalin percintaan tidak mengikut apa yang digariskan oleh syariat, tidak akan bertahan lama, dan akhirnya dirinya ditinggalkan begitu saja, ibarat lampin pakai buang.

Peliharalah dirimu wahai kaum Manusia

Tuesday, December 17, 2013

Muktamar sanawi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Perhatian kepada semua Ahli Persatuan Mahasiswa Komtemporari Islam@ Pelajar fki..Anda semua dijemput Untuk menghadiri
MUKTAMAR SANAWI PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM KALI KE 7
TARIKH:18 DISEMBER 2013
TEMPAT: BLOK ALI 05-06
MASA:8.40 MALAM

SILA SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SAHABAT2 LAIN
"KESEPADUAN MAHASISWA PEMANGKIN PENGISLAHAN UMMAH"

Pesta Ibadah

Assalamualaikum WBT
Pada bulan september lepas kami telah menjalankan program yang dikenali dengan nama pesta ibadah. Alhamdulillah, program ini berjaya mendapat sambutan mahasiswa. Kami berharap bahawa program ini akan diteruskan pada masa yang akan datang kerana program ini banyak manfaatnya.


Friday, July 26, 2013

Program I'M THE SECOND AISYAH















Bismillahirahmanirrahim, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia serta hidayahnya dapat lagi diberi peluang oleh Yang Maha Pencipta dan Yang Maha Pemurah iaitu Allah SWT untuk hidup di muka bumi yang hadis ini bagi berkhidmat sebagai hambanya yang ditaklifkan bagi beribadat dan melakukan ketaatan kepadanya. Amin, semoga kita termasuk di dalam golongan hambanya yang soleh bukan yang tersasar dari sirat kebenaran. Amin.

 Pada tanggal 26 Julai 2013, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam dengan kerjasama helwanis syubah yang bernaung di bawah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam telah mengadakan satu program yang sangat menarik iaitu "I'M THE SECOND AISYAH".

Program ini adalah berkisar tentang bagaimana seorang mahasiswi atau wanita boleh menggunakan Aisyah Humaira RA iaitu ummul mukminin dan isteri rasulullah yang terkenal dengan sifat tekun menuntut ilmu dan tegas dalam menyampaikan kebenaran Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan di era millennia ini.

Alhamdulillah, program bicara santai yang disampaikan oleh Ustazah Lateefah Kasamasu ini berjaya menambat hati para peserta dengan pelbagai ilmu dan tips yang bermanfaat serta berguna bagi mahasiswi terutamanya apabila berhadapan degan masyarakat.

Akhir kalam, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua para peserta dan urusetia program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini. Sekian, wallahualam.

Sunday, July 21, 2013

Program Videografi Ihya Ramadhan PMKI















Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke blog ini, semoga berada dalam keadaan sihat dalam menempuh bulan ramadhan al mubarak yang penuh dengan keberkatan dari Allah SWT ini.

PAda 19hb Julai 2013, Persatuan Mahasiswa kontemporari Islam telah mengadakan sebuah program yang dinamakan tayangan videografi Ihya Ramadhan di Speaker Corner, Cafe baru.

Program ini diadakan adalah bertujuan bagi menaikkan lagi semangat mahasiswa dalam menempuh cabaran  bagi beribadat dan menghadapi cabaran di bulan ramadhan yang mulia ini.

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama video dari syubah dan titik peluh dari ahli jawatankuasa program.Juri bagi program ini adalah wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar iaitu Muhammad Farid Bin Abdul Talib dan wakil dari PMKI iaitu Muhammad Ammar Bin Abd Wahab.

Dalam pada itu majlis ini dimeriahkan oleh kumpulan qasidah al-Muhibbin beserta persembahan seruling dari bendahari PMKI iaitu Alif Akram bin Nor Kasani. Pada akhir majlis ini dirasmikan oleh presiden MPP iaitu Muhammad Marzuki Bin Zainal Adlan.
Tahniah dan syabas kepada para peserta yang berjaya mendapat hadiah dalam program ini serta kepada ahli jawatamkuasa yang bertungkus lumus dalam menyiapkan program ini. Sekian terima kasih dan selamat bergembira dalam menjalani pesta ibadah di bulan ramadhan al mubarak ini.