This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Tuesday, September 28, 2010

DEBAT NAIB CANSELOR

Assalamualaikum....

Untuk makluman semua mahasiswa/i FKI kami sedang mencari sesiapa yang berminat untuk memasuki pertandingan DEBAT NAIB CANSELOR. Berikut adalah adalah maklumat berkaitan di atas :

DEBAT B.MELAYU & DEBAT BAHASA INGGERIS

Tarikh : 15-16/10/2010
1 Kumpulan : 3 orang

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saudara amirrul :0145052064 @ saudari rosmiyati : 0137961381....

Hadiah lumayan menanti anda :)
~ Exco akademik PMKI 09/10~

Sunday, September 26, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2010/2011

Assalamualaikum....

Perhatian kepada semua pelajar FKI secara khususnya dan kepada semua mahasiswa/i UniSZA amnya, untuk makluman

DERAF KEDUA JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2010/2011 telah pun dikeluarkan.

Sila semak jadual di portal pelajar UniSZA..

-Exco Akademik PMKI-

M.K.I


Alhamdulillah dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, akhirnya Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam telah dapat melaksanakan satu program pada 20, 22 dan 23 september anjuran Kelab Nadi Huffaz dengan kerjasama PMKI. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang diterima, ia masih tidak mematahkan semangat AJK Pelaksana dalam meneruskan program ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan memberikan respon yang baik sepanjang MINGGU KESENIAN ISLAM ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

-Unit Protokol M.K.I-

Thursday, August 5, 2010

Benarkah Kita Sudah Merdeka...

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua mahasiswa/i UniSZA, anda dijemput hadir ke Bicara Kemerdekaan yang dianjurkan bersama oleh Exco Akademik&Penyelidikan PMKI dan Persatuan Sejarah UniSZA. Maklumat Program adalah seperti berikut :

Tarikh :9 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa: 8.00-11.00 Malam
Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS)


* Mahasiswa/i semester satu FKI DIWAJIBKAN hadir. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya di talian 0137961381.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

Rosmiyati Haji Billak,
Penyelaras Program,
Merangkap Exco Akademik dan Penyelidikan PMKI 2009/2010.

Friday, July 30, 2010

Mafatihul Mahabbah_Dakwah




Assalamualaikum..

PMKI mengucapkan tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Islam Dakwah yang telah berjaya menganjurkan Program Mafatihul Mahabbah pada 22-24 Julai 2010.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam program ini antaranya ialah:
Taklimat CGPA, ICE BREAKING, DAN Taklimat Jabatan Dakwah oleh Ketua Jabatan Dakwah.

Semoga usaha kalian mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya..AMIN

Perisya



Assalamualaikum....

Perhatian kepada semua mahasiswa/i Baru semester 1 Perisya, pada malam ini akan diadakan satu perjumpaan pelajar baru bersama saf kepimpinan PERISYA bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU)...Kehadiran anda diwajibkan...

Latihan Rohani


Yaumul Mahabbah_Usuluddin

Program YAUMUL MAHABBAH

Persatuan Mahasiswa Usuluddin akan mengadakan Program Yaumul Mahabbah pada ketetapan berikut :

Tarikh: 30 Julai '10, Jumaat.
Tempat: Blok Utman 1. Masa: 8.30pg - 5.00ptg.
Penceramah: Ustazah Puan Sri Sa'diah Binti Syafiq (Pensyarah Jabatan Usuluddin).
Mahasiswi Jabatan Usuluddin Diwajibkan.
Yuran RM 5. (*makanan disediakan)

Konvokesyen Kali Ke-2

gambar konvokesyen kali pertama

Assalamualaikum....

Pada 26 dan 27 Julai 2010 telah dijalankan Majlis Konvokesyen Kali Ke-2 UniSZA. Tahniah PMKI ucapkan kepada semua yang mendapat penganugerahan, semoga dengan penganugerahan yang kalian terima dapat memudahkan segala urusan kalian pada masa akan datang.

Kepada mahasiswa/i semester 5 khususnya dan semester 1 dan 3 amnya, jadikanlah ianya sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha dengan lebih lagi bagi mendapatkan segulung ijazah sekaligus demi mencari keredhaan Allah.

Thursday, July 29, 2010

ORIENTASI FKI

Salam Mahabbah kepada semua mahasiswa/i FKI...

Alhamdulillah pada 9 dan 10 Julai 2010, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) telah bekerjasama dengan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dalam menjalankan orientasi bersama pelajar baru sesi 2010/2011.

Seramai lebih kurang 500 orang pelajar baru FKI pada semester ini. Mereka terdiri daripada lepasan DIPLOMA, STAM, MATRIKULASI,STPM dan SPM. Tahniah diucapkan kepada semua mahasiswa/i baru yang telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Semoga perjalanan hidup anda di Universiti Sultan Zainal Abidin ini mendapat keberkatan dan keredhaan dariNYA.

Terima kasih juga diucapkan kepada beberapa orang dari saf kepimpinan PMKI yang telah pulang awal ke UniSZA untuk membantu perjalanan program. Dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada beberapa orang Pembantu Mahasiswa yang telah membantu semasa program dijalankan. Jasa kalian amat kami hargai.


Monday, June 28, 2010

MAJLIS KONVOKESYEN KE 2 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Adalah dimaklumkan kepada semua bahawa MAJLIS KONVOKESYEN KE 2 UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN akan diadakan pada 26 dan 27 JULAI 2010 bertempat di Dewan Al-Mukhtafibillah Shah, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Saturday, April 17, 2010

Pesanan dari kami...


10 Pesanan PMKI 09/10 kepada semua MAHASISWA/I FKI:

1. Malam sebelum exam, tidur dalam keadaan tenang. Jangan gelabah atau risau atau takut.
2. Sehari sebelum exam semak kad pengenalan,matrix serta butir-butir lain yang penting dan isi dalam beg siap-siap.
3. Pastikan semua alat tulis lengkap. Kalkulator, jangka lukis, benang (geografi), dan protractor pastikan disertakan sekali.
4. Banyak-banyak doa sebelum tidur.
5. Kalau sempat, tiap-tiap malam masa exam tu amalkan tahajud.
6. Jika diizinkan, puasalah. Kalau tak dapat, cukuplah mengajak ibu bapa berpuasa.
7. Minta maaf pada semua orang termasuk rakan-rakan, famili, kerabat serta kenalan yang lain.
8. Doakan kejayaan untuk rakan-rakan juga.
9. Mulakan setiap paper dengan bismillah. Itulah perkataan pertama yang terkeluar bila anda sentuh kertas soalan dan perkataan alhamdulillah perkataan terakhir yang keluar bila pengawas kutip kertas soalan.
10. Tawakal kepada Allah. Tawakal di sini bermaksud, jaga hubungan baik anda dengan Allah, ibu bapa, rakan-rakan. Istiqamah dalam setiap amalan dan jangan putus-putus berdoa. Insyaallah.

Good Luck ya!!

:)

Friday, April 16, 2010


Dengari sahabatku sayang, ALLAH memujukmu “ attoyyibat littoyyibin” – annur:26, wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya,telah tercatat seungkap nama di loh mahfuz untukmu, Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau terhumbat ke jalanyang diredhai , INSYAALLAH si dia turut di jalan yang samalupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki,nescaya cinta si dia turut kau miliki…ALLAH love you my dear, more than anyone else, senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..

Sunday, April 11, 2010

Tips exam

Assalamualaikum w.b.t.

Bagaimanakah persediaan anda semua menghadapi final exam untuk kali ni? Harap kita semua akan lakukan yg terbaik untuk semester nie… Hanya lagi seminggu sahaja lagi study week akan melabuhkan tirainya dan exam week akan berlangsung.

Mahasiswa Muslim yang bertawakal kepada Allah SWT ketika menghadapi ujian dunia ini, dan ia mencari pertolongan-Nya. Sesuai dengan sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah, meskipun keduanya baik. Berusaha untuk mencapai apa yang akan menguntungkan anda dan mencari bantuan daripada Allah, dan jangan merasa tidak berdaya”. (Shahih Muslim, hadis no. 2664)

Diantara mereka yang dimaksudkan ialah:

Berpaling kepada Allah SWT dengan membuat doa dengan cara apa sekalipun yang disyariatkan dalam Islam, seperti berkata, “Rabbiy wa ishrah Yassir li li sadri Amri” yang bermaksud, (Ya Tuhanku, memperluaskan dadaku dan membuat hal-hal yang mudah bagiku)”.

1- Pastikan tarikh, tempat dan masa peperiksaan yang tepat untuk semua subjek yang berkaitan.

2- Melakukan ulang kaji awal sebelum tempoh peperiksaan bermula.

3- Mengkaji contoh-contoh soalan semester lepas (bank soalan).

4- Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.

5- Pastikan kesihatan berapa pada tahap yang baik.

6- Jangan terlalu gelabah dan gementar.

7- Jika ada sebarang fakta atau jawapan yang telah anda hafal tetapi tiba-tiba terlupa, beristighfarlah kepada Allah beberapa kali, mudah-mudahan Dia mengembalikan ingatan anda.

8- Tidur lebih awal pada hari sebelum hari peperiksaan.

9- Datang awal ke dewan peperiksaan.

10- Menyiapkan semua peralatan yang diperlukan seperti pen, pembaris, alat geometri, kalkulator dan jam tangan.

11- Membaca doa sebelum meninggalkan rumah/hostel: “Bismillah, tawakkaltu ‘ala Allah, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaah. Ya Allah inni a’oodhu bika udalla sebuah aw Adilla, azilla aw aw uzalla, azlima aw aw uzlama, ajhala aw aw yujhala ‘alayya“.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, hanya kepada-Mu aku berserah, dan tidak ada kekuatan melainkan kecuali dengan-Mu ya Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau supaya aku tidak tersesat atau disesatkan, supaya aku tidak silap (tidak sengaja melakukan dosa) atau tersilap langkah, supaya aku menindas atau tertindas, supaya aku berbuat bodoh atau dianggap bodoh”.

12- Dan Jangan lupa untuk mencari orang tua anda bagi mendoakan anda, semoga anda semua dipermudahkan menjawab soalan. Seterusnya bertawakal kepada Allah.

Sekian…

-copy paste from Abu aswad-

Tuesday, April 6, 2010

SLIP PEPERIKSAAN SESI 2009/2010

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI 2009/2010 AKAN DIKELUARKAN PADA HARI AHAD ( 04 APRIL 2010 ).

PELAJAR BOLEH MENGAMBIL SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI FAKULTI MASING-MASING KECUALI PELAJAR YANG BERHUTANG RM500 KE ATAS, MEREKA BOLEHLAH MENGAMBIL DI KAUNTER BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK SE...TELAH MENDAPAT PENGESAHAN COP JELAS DARIPADA KAUNTER JABATAN BENDAHARI.

SENARAI PELAJAR BERHUTANG AKAN DI PAMERKAN DI PAPAN KENYATAAN FAKUTI.

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESI JULAI


TARIKH : 8 APRIL 2010
MASA : PUKUL 2 PETANG- 5 PETANG
TEMPAT :DEWAN ALMUKHTAFI BILLAH SHAH(DABS)

KEHADIRAN WAJIB UTK PELAJAR YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH!!!!

ETIKA PEMAKAIAN UTK PENERIMA ANUGERAH :
#MUSLIMIN - KEMEJA BERTANGAN PANJANG(DIGALAKKAN BERTALI LEHER)



SELUAR SLACK(SELUAR JEANS DILARANG...)



BERSTOKING DAN BERKASUT
#MUSLIMAT- BERBAJU KURUNG ATAU JUBAH



BERTUDUNG LABUH(BIDANG 50 KE ATAS)



BERSTOKING DAN BERKASUT



(DILARANG BERSOLEK BERLEBIHAN)




SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT HADIR!!!!


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA!!!!!!

Saturday, March 27, 2010

sekadar ingatan buatmu wanita.....


Thursday, March 25, 2010

MAJLIS JALINAN UKHUWWAH

Assalamualaikum...sedikit makluman kepada semua....

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2009/2010 akan mengadakan MAJLIS JALINAN UKHUWAH ANTARA MPP BERSAMA MAHASISWA UDM pada :

Hari : Khamis
Tarikh : 25 Mac 2010
Tempat : Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah ( DABS)
Masa : 8.30 malam

Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan MPP sesi 2009/2010 dan juga barisan kepimpinan fakulti serta untuk merapatkan ukhuwwah antara MPP dan semua mahasiswa UDM....

Semua mahasiswa/i dijemput hadir......

Marilah kita sama-sama menyokong barisan kepimpinan yang telah dipilih oleh Allah untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka........La Yukallifullahu nafsan illa wus'aha....

Thursday, March 11, 2010

setelah ditunda...akhirnya...

Alhamdulillah MALAM TITIAN MAHABBAH telah berjaya dijalankan seperti mana yang dirancang....

Untuk makluman MUKTAMAR SANAWI PMKI akan diadakan pada hari SABTU jam 8 malam bertempat di DKU....

SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT HADIR...

Tuesday, March 9, 2010

GEN 2M

PROGRAM GENERASI MINDA MUDA
( GEN 2M)

Alhamdulillah PMKI UDM telah berjaya menjayakan program GEN 2M di SMA Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang pada 5-7 Mac 2010 ( Jumaat-Ahad )

Seramai lebih kurang 55 orang mahasiswa/i yang terlibat sebagai ajk dan fasilitator yang terdiri dari mahasiswa/i dari jabatan sains sosial dan antropologi dakwah, syariah, usuluddin, dakwah dan bahtera...

seramai 6 orang exco PMKI'10 juga turut serta....

Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari pihak sekolah dan semua peserta. Seramai lebih kurang 300 lebih orang pelajar yang terlibat dalam program ini.

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua peserta dan juga tidak ketinggalan fasilitator-fasilitator program GEN 2M....

Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi.....

Thursday, February 25, 2010

MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W. PIHAK MPP UDM SESI 09/10 AKAN MENGANJURKAN PROGRAM MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH PADA 28 FEBRUARI 2010 SEHINGGA 06 MAC 2010. ANJURAN EXCO PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN.



PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

-DUA KATEGORI LELAKI DAN PEREMPUAN
-LELAKI AKAN DIADAKAN DI SURAU @ FOYER PEJABAT ASRAMA
(AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

-PEREMPUAN AKAN DIADAKAN DI BLOK OTHMAN 01
-HADIAH BERUPA WANG TUNAI


* SESIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH MENDAFTAR SEBELUM 28/2/10....
* SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENDENGAR PARA PESERTA MENGALUNKAN AYAT SUCI AL-QURAN.....

Selain pertandingan tilawah Al-Quran terdapat juga pertandingan lain....

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM MINGGU PENGHAYATAN SIRAH NABAWIYYAH BOLEHLAH MENGHUBUNGI SDR MUSTAQIM (013-9947424) ATAU SDRI IKHLAS (019-9839456).. TERIMA KASIH..


Tuesday, February 23, 2010

MUKTAMAR SANAWI

Assalamualaikum.....

kepada semua exco baru PMKI,
sila hadir ke DKU pada jam 5 petang ini kerana sedikit taklimat dan raptai penuh akan diadakan untuk muktamar malam ini.

kepada semua mahasiswa/i FKI,
anda dijemput hadir ke muktamar PMKI malam ini ( 23/2/10 ) jam 8 malam.
Bayaran RM3. Makanan disediakan..

Sunday, February 21, 2010

Muktamar Sanawi PMKI UDM ke-21

Tentatif Program Muktamar Sanawi Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Kali Yang Ke - 21

Tarikh : 23 Februari 2010

Masa : 8.30 malam

Tempat : Dewan Kuliah Utama

.

8.00 malam - Pendaftaran para pelajar

8.30 malam - Bacaan Doa

8.45 malam - Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran

9.00 malam - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

9.05 malam - Ucapan YDP PMKI 08/09 (Saudara Khairul Azwad Bin Ibrahim)

9.15 malam - YM Prof. Madya Dr. Engku Zaki bin Engku Alwi, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

9.35 malam - Persembahan slide show

9.50 malam - Penyampaian watikah pelantikan Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam & Bai'ah

10.05 malam - Penyampaian cenderahati

10.15 Jamuan makan (Timbalan Dekan dan Ketua-ketua Program)

10.15 malam - Ucapan Dasar Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam

10.20 malam - Perbentangan laporan Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam Sesi 2008/2009 oleh Setiausaha Agong 2

11.00 malam - Perbentangan laporan kewangan oleh Bendahari Kehormat, Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam

11.15 malam - Pembentangan usul oleh wakil program & soal jawab serta pembubaran PMKI

11.25 malam - Pengenalan exco tertinggi Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam 09/10

11.50 malam - Jamuan makan dan bersurai

Selamat Kembali Ke Kampus

Assalamualaikum buat semua mahasiswa/i FKI.

SELAMAT KEMBALI SEMULA KE KAMPUS.

Mulakan hari anda dengan senyuman :)

Wednesday, February 10, 2010

Khas Buat Pemimpin Baru PMKI UDM

Assalamualaikum....



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAF KEPIMPINAN PMKI YANG BARU

sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, kerana apabila kita faham erti tanggungjawab, pasti kita mengerti betapa beratnya tanggungjawab itu.....adakalanya seseorang akan suka mendapat sesuatu jawatan, dan ada kalanya seseorang akan rasa takut apabila diberikan jawatan...kerana tanggungjawab ini merupakan amanah yang telah diberikan olehNya kepada kita....

TANGGUNGJAWAB

tanggung: tanggung di dunia
jawab : jawab di akhirat

" la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Khas buat saf kepimpinan PMKI yang baru....



Pemimpin Yang Adil

Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


~ NUR DAIE~

Tuesday, February 9, 2010

Keputusan Pilihanraya PMKI UDM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh

Setelah sibuk penamaan calon untuk Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam, hari ini, tanggal 9 Februari 2010, pilihanraya berlangsung... persaingan merebut jawatan exco jelas kelihatan apabila 23 calon bertanding merebut 12 kerusi. Untuk memudahkan para pembaca, meh kita tengok kat bawah ni:


CALON-CALON EXCO PERSATUAN MAHASISWA KONTEMPORARI ISLAM, UNIVERSITI DARUL IMAN 2010/2011

Calon-calon bagi kategori lelaki adalah seperti berikut :


1. Muhamammad Azizul Azhar Bin Mat Amin (238 undian)


2. Ahmad Khalilullah Bin Hamdan (261 undian)


3. Saiful Asyraf Bin Saifudin (249 undian)


4. Mohd Amir Izzat Bin Mohamad Azudin (312 undian)


5. Mohammad Najib Bin Ab Razak (413 undian)


6. Abdul Aziz Bin Abdullah (174 undian)


7. Muhammad Amirrul Bin Kamarudin (402 undian)


8. Mohd Zaidi Bin Abd Lazak (175 undian)


9. Muhammad Redzuan Bin Zaaba (208 undian)



Calon-calon bagi kategori perempuan adalah seperti berikut :


1. Nurul Adilah Binti Mohamad Fatlilah (414 undian)


2. Nurul Nissha Binti Johari (208 undian)


3. Farah Asyikin Binti Mohamad Ishar (363 undian)


4. Raudhah Binti Bahrin (304 undian)


5. Rosmiyati Binti Haji Billak (313 undian)


6. Madhiah Binti Abd Razak (314 undian)


7. Sobariah Binti Said (280 undian)


8. Norfadillah Binti Mohd Zin (191 undian)


9. Nurul Aqidah Binti Sulaiman (291 undian)


10. Sharifah Nor Ainnul Khairiyah Binti Sy Abd Rahman (304 undian)


11. Nor Zamzamiah Binti Hussaini (246 undian)


12. Hufaidah Binti Abdul Rahim (200 undian)


13. Nur Suriyati Binti Abd Razak (187 undian)


14. Norazura Binti Yatim (377 undian)



Saksi kiraan undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya FKI:


1. Mohammad Najib Bin Ab Razak (Calon bertanding)


2. Abdul Aziz Bin Abdullah (Calon bertanding)


3. Mohd Zaidi Bin Abd Lazak (Calon bertanding)


4. Hufaidah Binti Abdul Rahim (Calon bertanding)


5. Norazura Binti Yatim (Calon bertanding)


6. Aizat Anwar bin Apandi (Pemerhati)



Jumlah pelajar Fakulti Kontemporari Islam : 2023,

Jumlah pelajar yang keluar mengundi : 870,

Peratusan pelajar keluar mengundi : 43 %,

Undi Rosak : 32.



Beginilah keputusan pilihanraya Persatuan Mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia bagi sesi 2010/2011.



Sedikit ulasan ringkas :

1-Peratusan keluar undi bagi pelajar FKI telah meningkat dari tahun lepas yang mana hanya 20 peratus lebih sahaja keluar mengundi. Walaupun peratusan keluar mengundi meningkat, tetapi masih lagi tidak memuaskan kerana tidak sampai kepada separuh peratus yang keluar mengundi menjalankan tanggungjawab.


2-Sebanyak 43 orang mengambil borang untuk penamaan calon tetapi hanya 23 orang sahaja yang menghantar borang penamaan calon. Bilangan pengambilan borang penamaan calon menunjukkan sambutan pelajar-pelajar FKI terhadap Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam begitu tinggi.



3-Hanya seorang sahaja dari kalangan perempuan dari Diploma Pengajian Islam yang bertanding untuk kerusi Exco Perempuan. Manakala perempuan yang lainnya merupakan Ijazah Sarjana Muda. Perempuan dari Diploma perlu berani untuk bertanding...



Laporan oleh :

Mashitah Binti Zainol Abidin,

Suruhanjaya Pilihanraya PMKI,

(Mantan Exco Penerbitan & Penerangan PMKI 09/10)

Saturday, February 6, 2010

MUHASABAH DIRI....

20 MUHASABAH HARIAN

adakah anda......

1. beristigfar@ bertaubat setiap hari????????

2. berzikir mengingati Allah??????????

3. sembahyang 5 waktu?????????

4. berpuasa sunat????????

5. mengerjakan solat-solat sunat?????

6. berselawat kepada Rasulullah??????

7. bersyukur diatas nikmat Allah?????

8. bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan??????

9. memaafkan kesalahan orang lain?????????

10. menghubung sillaturrahim??????

11. memberi nasihat yang baik kepada manusia????

12. mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri???????

13. menziarahi orang sakit/miskin??????

14. menziarahi kubur untuk mengambil iktibar??????

15. bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar????????

16. mencegah kemungkaran bila melihatnya????????

17. sentiasa berfikit serta bertindak kearah kebaikan??????

18. sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya??????

19. menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia??????

20. seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah

marilah kita sama-sama sentiasa bermuhasabah diri.....renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah.....

Wednesday, February 3, 2010

DISKUSI SEBATAN

Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010, barisan pelapis PMKI telah berjaya menjalankan satu program ilmiah, diskusi Sebatan: Syariah vs Sivil dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Untuk makluman semua, program ini merupakan program pertama kali yang dianjurkan oleh barisan pelapis PMKI.

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi sebelum program berlangsung, ia tidak mematahkan semangat mereka. Program ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli dalam memberikan komitmen di dalam sesebuah organisasi. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan santapan rohani dan jasmani kepada mahasiswa/i UDM.

Alhamdulillah lebih kurang 250 orang yang hadir pada malam itu , walaupun pada awalnya jelas menunjukkan kebimbangan diwajah ajk pelaksana apabila melihat tidak ramai yang hadir akan tetapi jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka tatkala melihat ramai yang hadir selepas solat isya'.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amirrul bin Kamaruddin ( IJAZAH SYARIAH SEM 2 ) selaku pengarah program diskusi sebatan . Semoga usaha kalian mendapat keredhaan dan keberkattan dariNya.AMIN...

Saturday, January 23, 2010

Takziah diucapkan...


Takziah diucapkan dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Pemergian baginda amat dirasai oleh seluruh rakyat Negeri Johor. Oleh itu,marilah kita semua sedekahkan Alfatihah dan berdoa untuk kerahmatan roh baginda sultan.

Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat dan dihimpunkan bersama-sama para solihin

Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM MALAM GALA ANUGERAH, PERSATUAN , KELAB DAN KOLEJ KEDIAMAN UDM KALI PERTAMA

Assalamualaikum

Untuk makluman mahasiswa/i UDM, Majlis Perwakilan Pelajar UDM akan mengadakan Program Malam Gala Anugerah Persatuan, Kelab dan Kolej Kediaman buat kali yang pertama. Pihak MPP menjemput semua mahasiswa/i UDM untuk turut sama hadir pada majlis tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh: 8 Januari 2010
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Syah, UDM Kampus KUSZA
Masa: 7.50 malam
Tetamu hormat jemputan: Professor Dr Mohd Fauzi Ramlan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
*pakaian rasmi: baju batik

Pelbagai anugerah akan disampaikan pada malam itu. Untuk mengetahui kategori-kategori yang akan disampaikan sila layari laman web MPP UDM :

www.mppudm.blogspot.com

Kepada semua pemimpin (YDP/presiden/ ketua) kelab, persatuan, dan kolej kediaman UDM, anda diwajibkan untuk hadir serta berbaju batik dan duduk di barisan hadapan. Sila daftar kehadiran anda di kaunter depan DABS pada jam 7.50 malam.

SALAM MAAL HIJRAH

KITA SEBENARNYA……..

Kita sebenarnya….. lebih gembira menyambut 1 Jan daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya….. lebih tahu apa itu 14 Feb drpd 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya….. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad drpd hari Jumaat

Kita sebenarnya….. lebih khusyuk mendengar lagu drpd mendengar Azan

Kita sebenarnya….. lebih suka lepak, tidur, tengok tv drpd sembahyang

Kita sebenarnya….. lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama Nabi-nabi Allah

Kita sebenarnya….. lebih suka menyebut hello..! hai..! drpd assalamualaikum..

Kita sebenarnya….. lebih suka menyanyi drpd berwirid, bertahmid

Kita sebenarnya….. lebih suka memuji manusia drpd Pencipta kita sendiri

Kita sebenarnya….. lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku-buku agama

Kita sebenarnya….. lebih suka ke konsert,karaoke drpd ceramah agama

Kita sebenarnya….. lebih suka memaki, mengumpat orang drpd memuji mereka

Kita sebenarnya….. lebih suka mencarut drpd menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya….. lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan

Kita sebenarnya….. lebih bangga dengan kejahilan drpd bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya….. lebih cintakan urusan duniawi drpd urusan ukhrawi

.

Tetapi bila orang Tanya arah tujuan kita, pasti kita akan jawab

Kita Sebenarnya….. Lebih suka menuju ke syurga drpd neraka..

.

Layakkah kita dengan syurga milik Allah SWT????
Sama-samalah kita muhasabah diri kita dalam kesempatan yang berbaki lagi…

Monday, January 4, 2010

Tukar GOD kepada ALLAH (peluang da'wah pada Kristian)


Jika kita membaca Al-Quran, kita dapati ia menceritakan golongan musyrikin yang menentang Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut nama Allah dan al-Quran tidak membantah mereka, bahkan itu dijadikan landasan untuk memasukkan akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!”. (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (Surah al-Zukhruf ayat 87-88).

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.



Sekiranya, pada akhirnya umat islam di Malaysia dipaksa menerima 'Tuhan' dalam bible melayu dipanggil Allah.

Maka, marilah kita translate perkataan 'Father & God' dalam bible sebagai Allah.

Hal ini akan mengelirukan kristian. Ini kerana mereka kebanyakannya tidak baca Bible bahasa melayu dan mereka baca bible english

InsyaAllah, jika kita lakukan dengan tepat kaedahnya seperti letak dalam blog2 kita, jadikan pelekat kereta (cadangkan al-fikrah.net buat) dan sebagainya. Ia akhirnya akan menyebabkan kristian tersangkut dalam agenda mereka sendiri.

Ia tidak bercanggah dengan aqidah kita kerana ayat yang kita quote selari dengan Al-Quran

Mungkin ada yang kata ini kita tidak boleh membetulkan kesilapan dengan kesilapan. Saya katakan ini adalah perang psikologi. Perang boleh dilakukan tipudaya (sila betulkan jika salah). Juga kita bukannya petik luar konteks atau menipu.

Ada yang kata wujud juga ayat2 dalam Bible yang menunjukkan 'seolah-olah' Jesus tu Allah atau anak tuhan atau sebahagian dari triniti.Kita tahu perkara ini, sebab tu kita kelirukan mereka dengan ayat yang jelas menunjukkan sebaliknya.

Ada juga yang kata, orang kristian bukannya bodoh. Kita kata orang islam pun bukannya semua buta perut. Apa yang mampu kita buat, kita buatlah.

Maka jom kita turn back the table to them


Tema yang kita laungkan: 'Jesus is not God'/son of God/part of triniti


1.The most important one," answered Jesus, "is this: 'Hear, O Israel, the Lord our ALLAH , the Lord is one

2."Why do you call me good?" Jesus answered. "No one is good—except ALLAH alone. (Luke 18:18-19)

3.Going a little farther, he fell with his face to the ground and prayed, "My ALLAH, if it is possible, may this cup be taken from me. Yet not as I will, but as you will."(Matthew 26:39)

4.Jesus said, "Do not hold on to me, for I have not yet returned to the Father. Go instead to my brothers and tell them, 'I am returning to my father and your father, to my ALLAH and your ALLAH.(John 20:17)

5.ALLAH is greater than I. (John 14:28)

6.These words you hear are not my own; they belong to ALLAH who sent me. (John 14:24)

7.No one knows about that day or hour, not even the angels in heaven, nor the Son, but only ALLAH (Mark 13:32)

8.By myself I can do nothing; I judge only as I hear, and my judgment is just, for I seek not to please myself but ALLAH who sent me. (John 5:30)

9."Not everyone who says to me, 'Lord, Lord,' will enter the kingdom of heaven, but only he who does the will of my ALLAH who is in heaven.(Matthew 7:21)



sumber fikrah.net-yusof + dr.maza.com + subulassalam.blogspot