This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Thursday, September 29, 2011

SELAMAT MENGULANGKAJI PELAJARAN!!




























BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN BAKAL DIADAKAN KEPADA SEMUA PELAJAR TERUTAMA SEKALI BAGI PELAJAR SEMESTER 5 PENGAJIAN DIPLOMA DAN IJAZAH. TENTATIF KESELURUHAN TENTANG PROGRAM INI AKAN DITAMPAL DI BAHAGIAN PAPAN TANDA PMKI (BLOK F). TARIKH PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:


PELAJAR IJAZAH: 23/10/2011


PELAJAR DIPLOMA: 17/11/2011



KEHADIRAN PELAJAR BAGI SEMESTER LIMA PENGAJIAN SMPI (SYA, USU, USUK, DAK) DAN DPI (SYA, USU, QWS, PTI, DAK, BAH) ADALAH DIWAJIBKAN.

ANJURAN PMKI DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA IJAZAH DASAR, FKI & HEPA, UNISZA



TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

2. Kunci peperiksaan

Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.













Monday, July 4, 2011

AMALAN DAN KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 dan 185 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.”
“Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”.

Sesungguhnya bulan Ramadhan bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh setiap umat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang menghayatinya.

FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Terdapat puluhan hadis Rasulullah s.a.w. yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.


Walau bagaimanapun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar, tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah, tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa maksud hadis Rasulullah s.a.w mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.

· Pintu langit dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

· Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)


· Amal ibadah bulan Ramadhan
Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan:


1. Solat sunat tarawih.



2. Solat-solat sunat yang lain.



3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.



4. Memberikan hidangan berbuka puasa.



5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).



6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.



7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.



8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.



9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.

· Ganjaran pahala ibadah dan fadhilatnya
Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu. Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:


1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.



2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.



3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

FADHILAT YANG LAIN-LAIN


· Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga.



· Doa orang yang berpuasa dimakbulkan Allah s.w.t.



· Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada Hari Kiamat kelak.



· Orang yang berpuasa disertai menjauhi segala larangan semasa berpuasa, dan mengerjakan ibadah sunat seperti bertahlil, bertasbih dan seumpamanya, akan dibinakan mahligai yang indah di syurga.



· Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.


Demikian sebahagian dari berbagai fadhilat dan kelebihan orang yang berpuasa Ramadhan.

SOLAT SUNAT TARAWIH

Ibadat yang paling besar pahalanya ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih. Menurut sebah hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang lebar, terdapat berbagai fadhilat dan faedah termasuk diampuni dosa-dosa dirinya dan kedua ibu bapanya, diberi pahala seumpama pahala tawaf para malaikat di Baitul Ma’mur, bersih dari dosa seperti baru dilahirkan, dibinakan mahligai di syurga, dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat dan berbagai-bagai lagi.

Pengertian Solat Tarawih


Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat, fardu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum di sambung semula.
Tujuan utamanya ialah untuk memneri peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain.

Qiamu Ramadhan


Solat Tarawih juga disebut dengan Qiamu Ramadhan. Solat ini dikerjakan seelepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isyak dan waktunya berkekalan sehingga akhir malam. Sebuah Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap ganjaran dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Lailatul-Qadar


Satu lagi keistimewaan bulan Ramadhan ialah rahsia Allah s.w.t. menurunkan malam Lailatul-Qadar dalam salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut.


Di dalam surah al-Qadr, Allah s.w.t. menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran seperti beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun (maksud al-Quran, surah al-Qadr).


Walau bagaimanapun, hanya Allah s.w.t. jua yang mengetahui, pada malam yang manakah Lailatul-Qadar itu diturunkan. Kebanyakan para ulama menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan. Setengah ulama pula menyatakan bahawa Lailatul-Qadar itu diturunkan pada salah satu malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan.


Istilah Qiamu Ramadhan juga dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, iktikaf dalam masjid, berzikir dan seumpamanya. Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh keberkatan.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; Berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah rugi mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah lebih utama

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih boleh dikerjakan dengan bersendirian ataupun secara berjemaah di masjid atau surau. Telah sepakat pendapat bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Solat Tarawih 20 Rakaat


Umat Islam di Malaysia khasnya mengerjakan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat semenjak dahulu lagi. Ada sebahagian kecil shaja yang solat lapan rakaat.
Demikian juga umat Islam di negara-negara lain. Jika anda pergi ke Mekah dalam bulan Ramadhan maka anda akan dapati solat sunat Tarawih di masjid AL-Haram Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah dikerjakan dua puluh rakaat.

Solat Sunat Witir


· Jika anda berniat hendak bangun tengah malam, mengerjakan solat sunat Tahajjud, solat Hajat, solat Tasbih dan sebagainya, maka solat sunat Witir ini bolehlah ditangguhkan, dan dilaksanakan yang terakhir sekali iaitu setelah selesai dikerjakan semua solat-solat tersebut.


· Kebanyakan orang ramai yang mendirikan solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau, biasanya akan terus mengerjakan solat sunat Witir tiga rakaat (dua salam) dengan berjemaah, sebaik sahaja selesai solat sunat Tarawih.

AMALAN DI MALAM BULAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan adalah bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah s.w.t. telah menjanjikan untuk mengurniakan pahala dan kelebihan yang berlipat ganda, termasuk juga balasan syurga. Di antara banyak amal ibadat yang boleh dilakukan ialah iktikaf serta beribadat di dalam masjid, Qiamullail dan solat sunat Tasbih, berzikir, bertahmid, membaca al-Quran dan sebagainya.

1. Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.


Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Kaifiat Iktikaf

· Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis.

· Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu.


· Mereka yang sedang iktikaf hanya diharuskan keluar dari masjid untuk menunaikan keperluan-keperluan yang pokok sahaja, seperti makan minum, membuang air dan seumpamanya. Keluar dari masjid untuk bersetubuh dengan isteri tidak dibenarkan.


Iktikaf di dalam masjid boleh dilakukan siang atau malam. Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh.

2. Kelebihan Malam Lailatul-Qadar

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran surah al-Qadar, malam Lailatul-Qadar itu mempunyai fadhilat dan kelebihan yang amat besar. Faedah dan ganjarannya bagi mereka yang beriktikaf dan beribadai pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beriktikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Rasulullah s.a.w. sangat menggalakkan supaya umat Islam berusaha mencari dan beriktikaf di malam Lailatul-Qadar itu. Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”


(Hadis riwayat Bukhari, Muslim at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas menyatakan bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Carilah malam Lailatul-Qadar di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

Tanda-tanda Malam Lailatul-Qadar


Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.


Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya.

Thursday, April 28, 2011

SEMINAR DAN BENGKEL GENERASI Y

Assalammualaikum kepada pelajar unisza, khususnya pelajar PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM ( FKI ) yg berminat ingin menyertai SEMINAR DAN BENGKEL GENERASI Y pada 5 mei 2011 bertempat di dewan kuliah utama ( DKU) ...diminta utk menghntar nama penuh dan ic kpd NUR HASNIZA BT OMAR, NO PHONE : 013-9635361... PENYERTAAN HANYA 30 pelajar sahaja....

* siapa cepat,... dia dapat *

TENTATIF PROGRAM

MASA

PERJALANAN SEMINAR DAN BENGKEL

TEMPAT

8.00 - 9.00 pagi

Sesi Pendaftaran Pelajar

Dewan Kuliah Utama

9.00 - 9.30 pagi

Majlis Perasmian

*Dirasmikan oleh Pengerusi LPU UniSZA

Dewan Kuliah Utama

MINUM PAGI

10.00 - 11.00 pagi

Seminar I- Attitude and Behaviour of Y Generation

*Disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman

Dewan Kuliah Utama

11.00 - 12.00 tghari

Seminar II- Issue Relating to Educating Y Generation

*Disampaikan oleh Prof. Suleiman bin Mohd Salleh

Dewan Kuliah Utama

12.00 1.00 tghari

Seminar III- Incalculating Leadership Value of Y Generation

*Disampaikan oleh Prof. Dr. ahmad Zubaidi bin Abdul Latiff

Dewan Kuliah Utama

REHAT & MAKAN TENGAHARI

2.30 - 4.00 petang

Bengkel dalam kumpulan

*Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan

Blok Akademik Baru

4.00 - 4.30 petang

Rumusan Seminar Dan Bengkel Generasi Y

*Pembentangan daripada setiap kumpulan selama 5 minit.

*Keseluruhan akan dirumuskan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Shukri bin Mat The

Dewan Kuliah Utama

MINUM PETANG & BERSURAI

(Dewan Kuliah Utama)

SEKIAN, TERIMA KASIH......

Sunday, April 17, 2011

SALAM IMTIHAN


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/I..
SEMOGA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG..

Friday, April 15, 2011

BARISAN KEPIMPINAN PMKI SESI 10/11




YANG DI-PERTUA


ABDUL HADI B. ABDUL MANAF

013-2832652

TIMBALAN YANG DI-PERTUA

AHMAD AIZUDDIN B. AHMAD JAILANI

013-9907791


NAIB YANG DI-PERTUA

FATIMAH BT. OMAR

013-2576865


SETIAUSAHA AGUNG I

MUHAMMAD SYAHMI B. MOHD ANUAR

013-3734943


SETIAUSAHA AGUNG II

NURUL FARHANA BT. YAHAYA

013-6351173


BENDAHARI KEHORMAT


MUHAMMAD SOLAHUDDIN B. SAMSUDDIN

014-8345656


EXCO MODAL INSAN & KEROHANIAN I


MUHAMMAD FIRDAUS SAIFULLAH B. MOHD AB KARIM

014-8038669


EXCO MODAL INSAN & KEROHANIAN II

NURUL ASYIQIN BT. ABDUL RAHMAN

013-2528720


EXCO SUKAN & KESENIAN I

MUHAMMAD HELMI B. SULAIMAN

014-8050410


EXCO SUKAN & KESENIAN II

NURUL HAZIRAH BT. DERAMAN

014-8094398


EXCO AKADEMIK & PENYELIDIKAN I

NURUL ATHIRAH BT. ISMAIL

014-8390368


EXCO AKADEMIK & PENYELIDIKAN II

NURUL IZZATEI SHAADAH BT. RAMLI

014-5069168


EXCO PUBLISITI & PENERANGAN I

MUHAMMAD AIZAD B. HAJI BAHTIAR

013-6455136


EXCO PUBLISITI & PENERANGAN II

RADEN SITI HAWA BT. RADIN MOKHTAR

014-8392336


EXCO KEBAJIKAN I

AHMAD FAKHRUDIN B. ISMAIL

013-9540905


EXCO KEBAJIKAN II

ZAIMAH BT. ZULKIFLI

013-6455178


EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN I

MOHD AZWAN IQBAL B. AWANG

014-8284373


EXCO EKONOMI & KEUSAHAWANAN II

NOR ASIYAH BT. MUHAMMAD JURI

019-9345480


EXCO PERHUBUNGAN & SERANTAU

NOR BAHIYAH BT. ABU BAKAR

013-3090965


EXCO HELWANIS

NOR ‘AIZAH BT. SIHKH KHALID

013-4141807


YANG DI-PERTUA SETIAP SYU'BAH


SYARIAH DAN PENTADBIRAN ISLAM (PERISYA)

MUHAMMAD NAJMUDDIN 'ULWAN BIN HAMDAN

013-2997211


AL-QURAN DAN AS-SUNNNAH (AQSA)

MOHAMAD AMIR HAKIM B. MOHAMAD RASYID

019-4472916

SAINS SOSIAL (BOSS)

MUHAMMAD FARHAN B. SAMSUDDIN

014-5179658


BAHASA ARAB & KESUSASTERAAN (BAHTERA)


MUHAMMAD B. HAJI SAIDIN

013-4157479

ISLAM & PENDIDIDKAN (I-PEND)


MUHAMMAD IZZUDDIN B. MOHD ROSLI

019-5719120


DAKWAH (PERSADA)

MAHMUD BIN JAMALUDIN

013-2041392


USULUDDIN

ABDUL ZAID B. ABDUL

014-8414081










Monday, February 28, 2011

TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN BARU MPP UNISZA


Tahniah diucapkan kepada kepimpinan baru MPP UniSZA...
Selamat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaiknya...

"TANGGUNG di dunia...
JAWAB di akhirat..."


~~'IDUL 'ILMI @ MAJLIS ANUGERAH DEKAN FKI ~~

PERHATIAN!!!

KEPADA PENERIMA ANUGERAH DEKAN FKI SEMESTER LEPAS...

.:: Majlis Anugerah Dekan FKI ::.

.:: 3/3/2011 (Khamis) ::.

.:: Tempat : DABS ::.

.:: Masa : 2.00 petang ::.

ETIKA PEMAKAIAN :

~ MUSLIMIN : 1) Kemeja Lengan Panjang & Ber''Tie'' & Berseluar Slek. 2) Berstokin & Berkasut.

~ MUSLIMAT : 1) Baju Kurung / Jubah. 2) Tudung Labuh / Tudung Bidang 50 ke atas SAHAJA. 3) Berstokin & Berkasut.

... SEMUA MAHASISWA/I FKI DIJEMPUT HADIR ...

Friday, February 4, 2011

KURSUS PRA PERKAHWINAN ... PENYERTAAN ADALAH TERHAD!!!

MAKLUMAN TERKINI!!!
KURSUS PRA-PERKAHWINAN 2011
18-19 FEB 2011
Tempat : DKU
P/S : Borang pendaftaran boleh ambil di pejabat FKI, sila serahkan borang bserta yuran RM55 kpd mana2 wakil PMKI sblm 10hb Feb...
Harap Maklum

Thursday, February 3, 2011

"KARNIVAL MAHASISWA ISLAM (KAMI)"



Assalammualaikum....

Makluman terkini kepada semua mahasiswa/i UNISZA...

Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI) UNISZA akan mengadakan:


KARNIVAL MAHASISWA ISLAM (KAMI)’’


TARIKH : 10 - 19 Feb 2011

MASA : Sepanjang berlangsung program

TEMPAT : Sekitar perkarangan Pejabat Asrama dan Cafetaria, Dewan Al-Muktaffi Billa Shah, Dewan Kuliah Utama, Padang Futsal, Padang Bola Jaring dan Gimnasium


ANJURAN :

Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

Dengan Kerjasama

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu

Darul Syifa`

Persatuan Pentadbiran Islam dan Syariah

Persatuan Usuluddin

Persatuan Dakwah

Persatuan Al-Quran & As-Sunnah

Persatuan Bahasa & Kesusasteraan Arab

Persatuan Ijazah Pendidikan

Persatuan Sains Sosial dan Antropologi Dakwah



AKTIVITI DAN PENGISIAN YANG MENARIK SEPANJANG PROGRAM!!!

10 - 12 hb 2011 : Jualan Gerai


10 hb 2011 (Malam) : Perasmian KAMI + Kempen Tutup Aurat + Forum Nikah Khitbah


11- 12 hb 2011 : Sukan KAMI


12 hb 2011 (Malam) :Konsert KAMI

13 hb 2011 : Pameran Makanan & Kesihatan + Majlis Penutup KAMI + Forum Fiqh Makanan & Kesihatan

14 – 16 hb 2011 : Klinik Bahasa Arab

17 hb 2011 : Forum Perubatan Islam

18 – 19 hb 2011 : Kursus Pra Perkahwinan


... Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan segala pengisian dan aktiviti ...

‘Pengislahan Pemacu Rohani dan Jasmani’