BERSAMA PMKI UNISZA
Sunday, December 6, 2009
Kelebihan Berselawat
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak...
Friday, November 20, 2009
Kepada Peserta Konvensyen Pendakwah Muda

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...Kepada semua peserta yang akan mengikuti Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Kebangsaan ( WEHDAH'09 ) anjuran Sekretariat Pendakwah Muda USIM...yang menaiki bas UDM...Sila berkumpul di hadapan Pejabat Asrama Baru pada 22hb jam 8 pagi.Peralatan yang perlu dibawa semasa program ialah:1. Pakaian Rasmi (untuk Majlis Perasmian Penutup)2. Pakaian sepajang program- Muslimin: KEMEJA/ T-SHIRT berkolarMuslimat: Pakaian...
SELAMAT BERCUTI...
Saat ini UDM Kampus Kusza sunyi buat sementara waktu. Setelah berjuang di medan perjuangan akhirnya tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh mahasiswa/i untuk pulang ke kampung bersama keluarga tersayang dan menenangkan fikiran setelah beberapa minggu memerah otak melakukan yang terbaik untuk mendapatkan natijah yang cemerlang di dalam peperiksaan untuk kali ini.Selamat bercuti kepada semua mahasiswa/i Fakulti Kontemporari Islam (FKI). Semoga cuti anda dapat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah...Selamat bertemu kembali...
Wednesday, November 18, 2009
MAJLIS PENYERAHAN PITA RAKAMAN BUKU UDM-PERTIS
Pada 17 November 2009 ( selasa ) telah berlangsung MAJLIS PENYERAHAN PITA RAKAMAN BUKU UDM-PERTIS dibilik persidangan UDM pada jam 9 pagi. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Dakwah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UDM bersama Pusat Rundingan dan Pengabdian Masyarakat UDM.Pada hari itu seramai lebih 40 orang wakil dari PERTIS ( Persatuan orang-orang cacat Islam Malaysia) telah hadir diantaranya adalah seorang graduan lepasan UUM, graduan...
Friday, November 13, 2009
Masa...

Jangan membuang masa dengan perkara yang sia-sia tanpa berusaha untuk kehidupan akhirat atau dunia...kerja yang sia-sia tidak selalunya hal-hal yang haram sahaja..Masa sangat berhargaapabila berlalu masa yang berlalu tidak akan kembalikalau kembali pun itu adalah masa yang lainAlangkah malangnya masa yang berlalu tidak diisi dengan kerja yang bergunapadahal di akhirat kelak antara yang di tanya oleh Allah adalah masa yang merupakan umur kitaDi antara...
Sepotong roti penebus dosa

Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang...
Tuesday, November 10, 2009
Mabuk dalam cinta terhadap ALLAH

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahwa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya...
Monday, November 9, 2009
Kewajipan menceriakan pergaulan

Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadatfardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu...
Sunday, November 8, 2009
Kisah nafsu yang degil pada perintah Allah
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau...
Wednesday, October 28, 2009
Majlis Anugerah Dekan FKI

TARIKH : 29 OKTOBER 2009MASA : 8.30 HINGGA 11.30 PAGI8.30 PAGI : KETIBAAN PELAJAR9.00 PAGI : KETIBAAN VIP9.15 PAGI : KATA-KATA ALUAN PENGERUSI9.20 PAGI : DOA9.30 PAGI : UCAPAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN KONTEMPORARI ISLAM9.45 PAGI : PENYAMPAIAN ANUGERAH11.30 PAGI : JAMUAN / BERSU...
Friday, October 16, 2009
Berhibur Cara Islam

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(surah Az Zariyyat :56)Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan...
Bittaufiq Wannajah Fil Imtihan
Bermula minggu ni, maka sibuklah pelajar-pelajar UDM dengn study masing2 memandangkan end of semester exam is around the corner.. "perlu ke exam ni?, kalau tak payah exam tak boleh ke?, leceh la.." macam2 ayat yang keluar, dulu pernah juga terfikir macam mana kalau dlm hidup seorang pelajar ni, tak perlu nak jawab exam, tak perlu nk ambil kuiz,.. boleh tak agaknya kalau diberi pilihan mcm tu? pastinya tidak.kalau begitu, bagaimana kita nak tahu tahap pencapaian seseorang pelajar tu, macam mana tahap kefahaman dia..begitu juga persoalan mengapa...
Friday, October 2, 2009
Puasa Qadha + Puasa Enam Syawal
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya. ” kau , dah hari ker berapa dah?” “aku dah 5 hari dah ni” “esok aku raya (sunat syawal)” Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari...
Jom Puasa 6!!!
Oleh: Hafiz Firdaus AbdullahSelain puasa wajib pada bulan Ramadhan, syari‘at Islam juga membuka peluang kepada sesiapa yang ingin berpuasa di luar bulan Ramadhan. Ia disebut sebagai puasa sunat dan terbahagi kepada beberapa jenis. Puasa-puasa sunat adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Rasulullah s.a.w. bersabda, bahawa Allah s.w.t. berfirman (Hadis Qudsi):“Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi...
Monday, September 7, 2009
RAKAN ZIARAH SEMPENA IHYA’ RAMADHAN
MASA : 6.00 PETANG 4/9/2009 : KOLEJ KEDIAMAN A5/9/2009 : KOLEJ KEDIAMAN C10/9/2009 : KOLEJ KEDIAMAN B12/9/2009 : KOLEJ KEDIAMAN D NANTIKAN KEMUNCULAN KAMI KE BILIK-BILIK YANG BERTUAH...
Nuzul Al-Quran
(Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM)Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila...
Subscribe to:
Posts (Atom)