BERSAMA PMKI UNISZA

Tuesday, January 5, 2010

PROGRAM MALAM GALA ANUGERAH, PERSATUAN , KELAB DAN KOLEJ KEDIAMAN UDM KALI PERTAMA

Assalamualaikum

Untuk makluman mahasiswa/i UDM, Majlis Perwakilan Pelajar UDM akan mengadakan Program Malam Gala Anugerah Persatuan, Kelab dan Kolej Kediaman buat kali yang pertama. Pihak MPP menjemput semua mahasiswa/i UDM untuk turut sama hadir pada majlis tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh: 8 Januari 2010
Hari: Jumaat
Tempat: Dewan Al-Muktafi Billah Syah, UDM Kampus KUSZA
Masa: 7.50 malam
Tetamu hormat jemputan: Professor Dr Mohd Fauzi Ramlan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi
*pakaian rasmi: baju batik

Pelbagai anugerah akan disampaikan pada malam itu. Untuk mengetahui kategori-kategori yang akan disampaikan sila layari laman web MPP UDM :

www.mppudm.blogspot.com

Kepada semua pemimpin (YDP/presiden/ ketua) kelab, persatuan, dan kolej kediaman UDM, anda diwajibkan untuk hadir serta berbaju batik dan duduk di barisan hadapan. Sila daftar kehadiran anda di kaunter depan DABS pada jam 7.50 malam.

0 comments: