BERSAMA PMKI UNISZA

Wednesday, February 3, 2010

DISKUSI SEBATAN

Alhamdulillah, pada 30 Januari 2010, barisan pelapis PMKI telah berjaya menjalankan satu program ilmiah, diskusi Sebatan: Syariah vs Sivil dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia. Untuk makluman semua, program ini merupakan program pertama kali yang dianjurkan oleh barisan pelapis PMKI.

Walaupun banyak dugaan yang dihadapi sebelum program berlangsung, ia tidak mematahkan semangat mereka. Program ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli dalam memberikan komitmen di dalam sesebuah organisasi. Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan santapan rohani dan jasmani kepada mahasiswa/i UDM.

Alhamdulillah lebih kurang 250 orang yang hadir pada malam itu , walaupun pada awalnya jelas menunjukkan kebimbangan diwajah ajk pelaksana apabila melihat tidak ramai yang hadir akan tetapi jelas terpancar kegembiraan diwajah mereka tatkala melihat ramai yang hadir selepas solat isya'.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Amirrul bin Kamaruddin ( IJAZAH SYARIAH SEM 2 ) selaku pengarah program diskusi sebatan . Semoga usaha kalian mendapat keredhaan dan keberkattan dariNya.AMIN...

0 comments: