BERSAMA PMKI UNISZA

Wednesday, February 10, 2010

Khas Buat Pemimpin Baru PMKI UDM

Assalamualaikum....



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SAF KEPIMPINAN PMKI YANG BARU

sama-samalah kita memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita, kerana apabila kita faham erti tanggungjawab, pasti kita mengerti betapa beratnya tanggungjawab itu.....adakalanya seseorang akan suka mendapat sesuatu jawatan, dan ada kalanya seseorang akan rasa takut apabila diberikan jawatan...kerana tanggungjawab ini merupakan amanah yang telah diberikan olehNya kepada kita....

TANGGUNGJAWAB

tanggung: tanggung di dunia
jawab : jawab di akhirat

" la yukallifullahu nafsan illa wus'aha..."

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"


Khas buat saf kepimpinan PMKI yang baru....



Pemimpin Yang Adil

Artist: Hijjaz
Album: Damai

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini


~ NUR DAIE~

0 comments: