This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

BERSAMA PMKI UNISZA

Saturday, April 17, 2010

Pesanan dari kami...


10 Pesanan PMKI 09/10 kepada semua MAHASISWA/I FKI:

1. Malam sebelum exam, tidur dalam keadaan tenang. Jangan gelabah atau risau atau takut.
2. Sehari sebelum exam semak kad pengenalan,matrix serta butir-butir lain yang penting dan isi dalam beg siap-siap.
3. Pastikan semua alat tulis lengkap. Kalkulator, jangka lukis, benang (geografi), dan protractor pastikan disertakan sekali.
4. Banyak-banyak doa sebelum tidur.
5. Kalau sempat, tiap-tiap malam masa exam tu amalkan tahajud.
6. Jika diizinkan, puasalah. Kalau tak dapat, cukuplah mengajak ibu bapa berpuasa.
7. Minta maaf pada semua orang termasuk rakan-rakan, famili, kerabat serta kenalan yang lain.
8. Doakan kejayaan untuk rakan-rakan juga.
9. Mulakan setiap paper dengan bismillah. Itulah perkataan pertama yang terkeluar bila anda sentuh kertas soalan dan perkataan alhamdulillah perkataan terakhir yang keluar bila pengawas kutip kertas soalan.
10. Tawakal kepada Allah. Tawakal di sini bermaksud, jaga hubungan baik anda dengan Allah, ibu bapa, rakan-rakan. Istiqamah dalam setiap amalan dan jangan putus-putus berdoa. Insyaallah.

Good Luck ya!!

:)

Friday, April 16, 2010


Dengari sahabatku sayang, ALLAH memujukmu “ attoyyibat littoyyibin” – annur:26, wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik dan sebaliknya,telah tercatat seungkap nama di loh mahfuz untukmu, Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau terhumbat ke jalanyang diredhai , INSYAALLAH si dia turut di jalan yang samalupakan segala kegundahan, teguhkan diri pada cinta hakiki,nescaya cinta si dia turut kau miliki…ALLAH love you my dear, more than anyone else, senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan..

Sunday, April 11, 2010

Tips exam

Assalamualaikum w.b.t.

Bagaimanakah persediaan anda semua menghadapi final exam untuk kali ni? Harap kita semua akan lakukan yg terbaik untuk semester nie… Hanya lagi seminggu sahaja lagi study week akan melabuhkan tirainya dan exam week akan berlangsung.

Mahasiswa Muslim yang bertawakal kepada Allah SWT ketika menghadapi ujian dunia ini, dan ia mencari pertolongan-Nya. Sesuai dengan sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah, meskipun keduanya baik. Berusaha untuk mencapai apa yang akan menguntungkan anda dan mencari bantuan daripada Allah, dan jangan merasa tidak berdaya”. (Shahih Muslim, hadis no. 2664)

Diantara mereka yang dimaksudkan ialah:

Berpaling kepada Allah SWT dengan membuat doa dengan cara apa sekalipun yang disyariatkan dalam Islam, seperti berkata, “Rabbiy wa ishrah Yassir li li sadri Amri” yang bermaksud, (Ya Tuhanku, memperluaskan dadaku dan membuat hal-hal yang mudah bagiku)”.

1- Pastikan tarikh, tempat dan masa peperiksaan yang tepat untuk semua subjek yang berkaitan.

2- Melakukan ulang kaji awal sebelum tempoh peperiksaan bermula.

3- Mengkaji contoh-contoh soalan semester lepas (bank soalan).

4- Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.

5- Pastikan kesihatan berapa pada tahap yang baik.

6- Jangan terlalu gelabah dan gementar.

7- Jika ada sebarang fakta atau jawapan yang telah anda hafal tetapi tiba-tiba terlupa, beristighfarlah kepada Allah beberapa kali, mudah-mudahan Dia mengembalikan ingatan anda.

8- Tidur lebih awal pada hari sebelum hari peperiksaan.

9- Datang awal ke dewan peperiksaan.

10- Menyiapkan semua peralatan yang diperlukan seperti pen, pembaris, alat geometri, kalkulator dan jam tangan.

11- Membaca doa sebelum meninggalkan rumah/hostel: “Bismillah, tawakkaltu ‘ala Allah, wa laa hawla wa laa quwwata illaa billaah. Ya Allah inni a’oodhu bika udalla sebuah aw Adilla, azilla aw aw uzalla, azlima aw aw uzlama, ajhala aw aw yujhala ‘alayya“.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, hanya kepada-Mu aku berserah, dan tidak ada kekuatan melainkan kecuali dengan-Mu ya Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau supaya aku tidak tersesat atau disesatkan, supaya aku tidak silap (tidak sengaja melakukan dosa) atau tersilap langkah, supaya aku menindas atau tertindas, supaya aku berbuat bodoh atau dianggap bodoh”.

12- Dan Jangan lupa untuk mencari orang tua anda bagi mendoakan anda, semoga anda semua dipermudahkan menjawab soalan. Seterusnya bertawakal kepada Allah.

Sekian…

-copy paste from Abu aswad-

Tuesday, April 6, 2010

SLIP PEPERIKSAAN SESI 2009/2010

SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI 2009/2010 AKAN DIKELUARKAN PADA HARI AHAD ( 04 APRIL 2010 ).

PELAJAR BOLEH MENGAMBIL SLIP MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI FAKULTI MASING-MASING KECUALI PELAJAR YANG BERHUTANG RM500 KE ATAS, MEREKA BOLEHLAH MENGAMBIL DI KAUNTER BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK SE...TELAH MENDAPAT PENGESAHAN COP JELAS DARIPADA KAUNTER JABATAN BENDAHARI.

SENARAI PELAJAR BERHUTANG AKAN DI PAMERKAN DI PAPAN KENYATAAN FAKUTI.

BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK

MAJLIS ANUGERAH DEKAN SESI JULAI


TARIKH : 8 APRIL 2010
MASA : PUKUL 2 PETANG- 5 PETANG
TEMPAT :DEWAN ALMUKHTAFI BILLAH SHAH(DABS)

KEHADIRAN WAJIB UTK PELAJAR YANG AKAN MENERIMA ANUGERAH!!!!

ETIKA PEMAKAIAN UTK PENERIMA ANUGERAH :
#MUSLIMIN - KEMEJA BERTANGAN PANJANG(DIGALAKKAN BERTALI LEHER)



SELUAR SLACK(SELUAR JEANS DILARANG...)



BERSTOKING DAN BERKASUT
#MUSLIMAT- BERBAJU KURUNG ATAU JUBAH



BERTUDUNG LABUH(BIDANG 50 KE ATAS)



BERSTOKING DAN BERKASUT



(DILARANG BERSOLEK BERLEBIHAN)




SEMUA MAHASISWA/I DIJEMPUT HADIR!!!!


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA!!!!!!