BERSAMA PMKI UNISZA

Monday, July 23, 2012

Bagaimana Amalan-amalan Islam Menjadi Pembersih Hati?



45.  Bacalah apa yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.


(Al-Ankabut : Ayat 45)

Pendahuluan..

Kita sering mendengar ayat di atas dibacakan di mimbar-mimbar Jumaat. Isi kandungannya yang sering menjadi perbualan & agak sukar untuk dijelaskan adalah {sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar}[an-Nahl : 90]. Ia menjadi contoh penegasan dari Allah bahawa amal ibadat Islam merupakan pembersihan hati & penyucian jiwa..(tazkiyyatun nafsi).

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian...

            Bagaimana solat boleh menghalang dari perbuatan keji & mungkar? Dengan jelas di dalam ayat yang mulia ini, solat menjadi pembersihan hati kerana ia dapat menghalang dari perbuatan keji & mungkar, & kita sedia maklum bahawa kedua-duanya adalah tanda @ hasil kekotoran hati.

            Namun, kita juga sering mendengar persoalan yang berbunyi : seseorang itu dah solat, tapi masih mengumpat! Seseorang itu dah solat, tapi masih buka aurat! Seseorang itu dah solat, tapi masih menipu! Seseorang itu dah solat, tapi masih melakukan maksiat! Seseorang itu dah solat, tapi masih tidak berakhlak mulia!

            Di sinilah datangnya bisikan syaitan untuk mengajak kita meninggalkan ajaran Nabi Muhammad SAW. Banyak kumpulan mengajak orang ramai meninggalkan atau menokok tambah syariat Islam dengan alasan ‘walau dah solat, hati masih belum bersih?’ Zikir & amalan rekaan diada-adakan kononnya untuk mengisi ruangan yang ditinggalkan oleh syariat yang tidak dapat membersihkan hati.

Apa yg berlaku & di mana silapnya?

Sebenarnya, yang terjadi adalah, ramai dr kalangan kita yang melakukan ibadat & amalan syariat tanpa menyedari matlamatnya yang sebenar. Allah SWT adalah Maha Kaya lagi Maha Terpuji & Dia tidak memerlukan amal ibadat makhluk2Nya untuk terus berkuasa. Sabda Nabi SAW di dalam sebuah hadith Qudsi, Allah berfirman :

Wahai hamba2Ku! Sekiranya orang awal kalangan kamu, manusia kalangan kamu, jin kalangan kamu, mereka semua berkeadaan mengikut hati seorang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu, itu tidak menambah sedikit pun pada kerajaan-Ku.[1]

            Kepentingan ibadat & amalan syariat adalah untuk membentuk & melatih diri manusia di dalam satu latihan yang berterusan. Walau dengan aneka bentuk & rupa, kesemua ibadat & amal syariat menjurus kepada satu perkara iaitu : melatih manusia merasa diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT & mengasuh kebergantungan mereka terhadap Allah SWT.

            Ketika solat didirikan, seseorang itu akan senyap, diam tidak berganjak, tidak beralih & tunduk kerana dia sedang menghadap Allah SWT. Perasaan diperhatikan itu juga berulang-ulang dilatih ketika pelaksanaan ibadat & amalan syariat yg lain. Sebagai contoh ketika berpuasa, ia perhebatkan lagi untuk tempoh sepanjang siang, di mana seseorang tidak akan melanggar perkara yang membatalkan puasa, kerana dia diperhatikan oleh Allah SWT.

            Jika manusia berterusan selepas latihan2 berkenaan, merasa diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT, adakah mungkin akan ada perlakuan yg haram? Adakah mungkin dia akan melakukan maksiat? Adakah mungkin dia akan berakhlak keji? Adakah mungkin semua itu, jika dia sedar, dia sedang diperhatikan & diawasi oleh Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi & yg nyata?

            Ia adalah gabungan amalan2 Islam & kepercayaan2 iman, iaitu melaksanakan perintah Allah dalam keadaan beriman kepada Allah. Inilah sifat ihsan, inilah Muraqabah &  inilah pembersihan hati yang dimaksudkan. Seseorang yang sedar mengenai pengawasan & pemerhatian Allah SWT terhadapnya ketika dia di khalayak ramai & ketika dia bersendiri pasti akan terbentuk pada dirinya akhlak yang terpuji serta keperibadian yang mulia…Renungkanlah! (Lebih ditujukan untuk diri ini sendiri).....


[1] Hadith Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad.




0 comments: