BERSAMA PMKI UNISZA

Tuesday, August 7, 2012

WASIAT EMAS SAIDINA ALI ABI TALIB


    Berikut adalah antara wasiat dan pesanan emas yang diungkapkan oleh Saidina Ali r.a yang dipetik dari buku  '40 WASIAT EMAS SAIDINA ALI ABI TALIB'.


  • Barangsiapa tidak mengenal jati dirinya,dia akan terjerumus.Barangsiapa takut kepada Allah,dia akan     selamat.Barangsiapa yang belum pernah mencuba sesuatu,dia akan tertipu.Barangsiapa menentang kebenaran dia akan dikalahkan.barangsiapa yang mengetahui akan datangnya ajal,pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

  • Amanah ialah menyerahkan sesuatu kepada orang yang berhak menerimanya.Matlamatnya adalah keadilan,keselamatan dan membuka pintu syurga.

  • Jujur mempunyai pengertian yang besar dalam Islam.Sifat jujur adalah sebahagian daripada Iman.Mereka yang telah hilang sifat jujur adalah orang yang nipis imannya.Ini kerana,jujur dan iman berjalan seiringan.Jika salah satu ditinggalkan,maka kedua-duanya akan hilang.

  • Sesungguhnya mencintai Nabi Muhammad itu wajib hukumya dan tanda kesempurnaan iman seseorang.

  • Ikhlas adalah sifat yang paling tinggi selepas iman.Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.Ia adalah penentu sama ada amalan diterima atau ditolak.
  • Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibubapa bertujuaan membahagiakan kehidupan mereka dihari-hari tuanya.Ajaran Islam meletakkan ibubapa pada kedudukan yang tinggi.                           
  • Hati yang hidup adalah hati yang bersedia untuk mendengar,melihat dan menerima kebenaran.Hati yang hidup begini mempunyai nur,tenaga dan kekuatan.Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk.
  • Alquran adalah cahaya yang menerangi hati,menyinari hidup dan mati dan memudahkan jalan ke syurga.
  • Sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu maklumat,pasti dia akan peroleh pengetahuan dan pengalaman baru.Begitulah sebaliknya bagi mereka yang malas menyelidik dan meneliti kejadian-kejadian alam yang menjadi salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah.
  • Bekerja untuk Islam adalah merupakan satu tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh manusia,didahului oleh para Nabi dan Rasul kemudian ke atas manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat.
  • Seandainya kamu menyampaikan keburukan saudaramu,jika itu benar maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu,dan jika itu salah,maka kamu sudah melakukan fitnah.
  • Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat.
  • Setelah menanggung kesusahan dan penderitaan yang begitu dasyat,Rasulullah sendiri tidak mendoakan ke atas orang-orang yang menentangnya dan tidak juga mengambil sebarang tindak balas.
  • Orang yang berakal waras sepatutnya tidak menyibukkan dirinya dengan urusan dan perkara-perkara yang remeh,lalu meninggalkan perkara yang lebih berfaedah.Sebenarnya apa saja yang ada dalam kehidupan dunia ini berupa keseronokan,syahwat,pehiasan dan lain-lain,bukanlah jalan untuk menuju kebahagiaan insan yang sebenarnya.Kebahagiaan yang hakiki bukanlah terletak pada istana yang megah,harta yang melimpah ruah,bukan pula pada emas dan perak serta perhiasan yang mahal-mahal.Kebahagiaan yang sebenarnya adalah terletak pada ketakwaan seseorang  itu kepada Allah.
     Harus difahami tujuan penulis menerbitkan artikel ini bukanlah untuk mengagung-agungkan Saidina Ali seperti yang dilakukan oleh golongan tertentu yang dikecam sendiri oleh Saidina Ali tetapi hanya sekadar untuk berkongi agar dapat dijadikan pedoman untuk kita melangkah dan mengharungi liku-liku hidup kita pada zaman yang mencabar ini dan bagi kita untuk kembali ke landasan Islam yang sebenar-benarnya.Wallahu a'lam.





0 comments: