BERSAMA PMKI UNISZA
Saturday, May 25, 2013
Wednesday, May 22, 2013
Akibat tidak cinta
23:06
No comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini. Penulis pasti anda adalah dari kalangan golongan yang dahagakan ilmu dan berada dalam rahmat Allah .Amin...
Baiklah, pada post kali ini penulis akan berkongsi kepada anda tentang kepentingan cinta seorang kepada saudara.
Sebelum itu kami akan menerangkan maksud hadis yang terdapat di dalam gambar. Hadis ini menceritakan tentang hubungan cinta seseorang kepada saudaranya yang lain seperti ia mencintai dirinya sendiri dan hubungan cinta tersebut dengan iman. Dalam pada itu, hadis ini mempunyai kaitan dengan adab yang baik bagi seseorang Islam terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang selalu terjalin dengan baik dan istana kedamaian dapat dibina dalam masyarakat.
Cinta yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah yang didasarkan kepada agama, bukan peri kemanusiaan semata-mata. Ia juga bermaksud cinta untuk memperolehi manfaat dan kebaikan.
Erti tiada beriman dalam hadis ini pula adalah ketidaksempurnaan iman ( bukan ketiadaan iman) dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya yang lain seperti dia mencintai dirinya sendiri.
Namun, apakah yang akan berlaku jika manusia tidak mencintai saudaranya yang lain? Imam Nawawi ada mengatakan:" Apabila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri, maka ia adalah seorang pendengki (tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya).
Pendek kata menurut pendapat Imam Ghazali ada 3 macam:
(surah Al-Zukhruf: Ayat 32)
Sebenarnya Allah tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tidak ada perasaan insaf dan tinbang rasanya atau kasih sayangnya.
Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang tidak baik datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada kami. Wallahualam.
Credit to: Hadith 40, Terjemahan dan syarahan,Mustafa Abdul Rahman.

- Bercita-cita supaya terus hilang nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
- Bercita-cita supaya hilang nikmat itu sekalipun tidak mendapatnya. Hal ini kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Ini lebih jahat bencananya dari yang pertama.
- Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang lain lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat kebahagiaan daripadanya, Apa yang disukai biarlah sama taraf dengannya, tidak lebih. Ini juga diharamkan kerana Allah terang-terang tidak suka kepada pembahagian Allah yang diterangkan dalam firmanNya:
(surah Al-Zukhruf: Ayat 32)
Sebenarnya Allah tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tidak ada perasaan insaf dan tinbang rasanya atau kasih sayangnya.
Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang tidak baik datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada kami. Wallahualam.
Credit to: Hadith 40, Terjemahan dan syarahan,Mustafa Abdul Rahman.
Sebab doa tidak makbul
00:27
No comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada pembaca blog ini, semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Pada post kali ini anda akan dikongsikan dengan perbuatan yang menghalang daripada termakbulnya doa. Pasti kita pernah terfikir , kenapa doa kita tidak diterima. Sedangkan kita telah banyak berdoa siang dan malam dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Kenapa? Mengapa?
Ya , mungkin belum tiba masa yang sesuai dan Allah mahu menguji keimanan hambanya . Bersangka baiklah kerana Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Ini bermaksud suci dan bersih dari segala keburukan pada amal dan harta benda. Ini bermakna Allah tidak menerima dari seseorang amalnya yang dicampuri riya’ dan bangga, juga sedekah dari harta yang haram. Kerana sifat yang mengotorkan amal dan sedekah bukanlah sesuatu yang baik malahan, dari yang buruk dan Allah tidak menerima suatu yang buruk walaupun kelihatan pada zahirnya baik.
Dalam pada itu, amal seseorang juga mempunyai hubungan yang rapat dengan makanan dan minuman iantu dari sumber yang halal. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 172: “Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepada kamu.’
Ayat ini menjelaskan bahawa betapa pentingnya memakan daripada rezeki yang halal. Hal ini kerana ianya menjadi syarat kepada penerimaan ibadat serta doa dari Allah yang maha Esa. Orang beriman juga dihendaki supaya amalannya , jiwanya, dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah mengalir yang bersih dari milik yang haram.
Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh Al Tabrani dari ibn Abbas katanya: Pernah aku membaca di sisi rasulullah S.A.W ayat ini, iaitu “Hai sekalian manusia, makanlah barang yang halal yang baik dari apa yang ada di bumi .”(Al Baqarah: 168)
Kemudian Saad Bin Abi Waqas bangun seraya berkata : “Ya rasulullah ! aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenan doanya. Lalu rasulullah bersabda:
Hai Saad! Baguskanlah makanan engkau nescaya engkau adalah (orang yang) diperkenankan permintaannya. Dan demi diri Muhammad ditangannya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan makanan yang haram ke dalam perutnya , tiada diterima Allah daripadanya amal selama 40 hari . Dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari yang haram, maka api neraka lebih layak dengan dia.
Ingatlah sahabat bahawa perbuatan dan makanan haram menghalangi doa bagi menjamin ketermakbulan doa agar segala amal yang kita lakukan dapat diterima Allah. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Sekian.
Wednesday, May 15, 2013
Wednesday, May 8, 2013
FIGHT SIFAT MAZMUMAH!
22:52
No comments
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Alhamdulillah dan segala puji kepada Allah kerana dapat memberi kami kekuatan untuk meng-update blog ini. Pada post kali ini anda akan dikongsikan dengan perkongsian yang bertajuk cara melawan sifat mazmumah.
1)Memperbanyakkan menghadiri majlis ilmu.
2)Mmbenci sifat tersebut kerana ia adalah hasutan syaitan.
3)Sentiasa mendampingi orang alim.
4)Menguatkan keimanan dan ketakwaan serta mensyukuri segala nikmat Allah SWT
5)Membersihkan diri dengan mengerjakan amal soleh dan bertaubat kepada Allah SWT
6)Megamalkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia.
7)Sentiasa tekun mencari rezeki halal yang telah disediakan Allah.
8)Menjaga perbuatan dan percakapan serta hati.
9) Sentiasa melihat kebesaran Allah dan melihat kekuasaan -Nya di sekeliling kita.
10) menjaga tuntutan hawa nafsu.
11) Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.
12)Mengingati akan azab api neraka serta seksaan kubur.
13)Sentiasa muhasabah diri .

Subscribe to:
Posts (Atom)