BERSAMA PMKI UNISZA

Wednesday, May 22, 2013

Akibat tidak cinta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami yang tidak seberapa ini. Penulis pasti anda adalah dari kalangan golongan yang dahagakan ilmu dan berada dalam rahmat Allah .Amin...
Baiklah, pada post kali ini penulis akan berkongsi kepada anda tentang kepentingan cinta seorang kepada saudara.

 Sebelum itu kami akan menerangkan maksud hadis yang terdapat di dalam gambar. Hadis ini menceritakan tentang hubungan  cinta seseorang kepada saudaranya yang lain seperti ia mencintai dirinya sendiri dan hubungan cinta tersebut dengan iman. Dalam pada itu, hadis ini mempunyai kaitan dengan adab yang baik bagi seseorang Islam terhadap saudaranya supaya silaturahim dan kasih sayang selalu terjalin dengan baik dan istana kedamaian dapat dibina dalam masyarakat.

Cinta yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah yang didasarkan kepada agama, bukan peri kemanusiaan semata-mata. Ia juga bermaksud cinta untuk memperolehi manfaat dan kebaikan.
 Erti tiada beriman dalam hadis ini pula adalah ketidaksempurnaan iman ( bukan ketiadaan iman) dari orang yang tidak cinta kepada saudaranya yang lain seperti dia mencintai dirinya sendiri.

Namun, apakah yang akan berlaku jika manusia tidak mencintai saudaranya yang lain? Imam Nawawi ada mengatakan:" Apabila seseorang tidak mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri, maka ia adalah seorang pendengki (tidak suka melihat orang lain mendapat kebaikan atau orang lain itu berbeza keadaan daripadanya).

Pendek kata menurut pendapat Imam Ghazali ada 3 macam:
  1. Bercita-cita supaya terus hilang nikmat orang lain dan berpindah nikmat itu kepadanya.
  2. Bercita-cita supaya hilang nikmat itu sekalipun tidak mendapatnya. Hal ini kerana boleh jadi dia telah mempunyai nikmat itu atau tidak disukainya. Ini lebih jahat bencananya dari yang pertama.
  3. Tidak bercita-cita hilang nikmat itu dari orang lain, tetapi dia tidak suka melihat orang lain lebih tinggi keadaan daripadanya atau lebih banyak mendapat kebahagiaan daripadanya, Apa yang disukai biarlah sama taraf dengannya, tidak lebih. Ini juga diharamkan kerana Allah terang-terang tidak suka kepada pembahagian Allah  yang diterangkan dalam firmanNya:
"Adakah mereka  (yang berhak) membahagikan kurnia tuhan kamu? Kami telah membahagikan diantara mereka penghidupan mereka dalam penghidupan dunia ini."
(surah Al-Zukhruf: Ayat 32)

Sebenarnya Allah tidak suka dengan apa yang telah ditentukan Allah adalah melawan ketentuan dan kebijaksanaan serta tidak ada perasaan insaf dan tinbang rasanya atau kasih sayangnya.

Apa yang baik datang dari Allah dan apa yang tidak baik datang dari Allah jua tetapi disandarkan kepada kami. Wallahualam.
Credit to: Hadith 40, Terjemahan dan syarahan,Mustafa Abdul Rahman.

0 comments: