BERSAMA PMKI UNISZA
Wednesday, May 22, 2013
Sebab doa tidak makbul
00:27
No comments
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada pembaca blog ini, semoga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Pada post kali ini anda akan dikongsikan dengan perbuatan yang menghalang daripada termakbulnya doa. Pasti kita pernah terfikir , kenapa doa kita tidak diterima. Sedangkan kita telah banyak berdoa siang dan malam dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Kenapa? Mengapa?
Ya , mungkin belum tiba masa yang sesuai dan Allah mahu menguji keimanan hambanya . Bersangka baiklah kerana Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik. Ini bermaksud suci dan bersih dari segala keburukan pada amal dan harta benda. Ini bermakna Allah tidak menerima dari seseorang amalnya yang dicampuri riya’ dan bangga, juga sedekah dari harta yang haram. Kerana sifat yang mengotorkan amal dan sedekah bukanlah sesuatu yang baik malahan, dari yang buruk dan Allah tidak menerima suatu yang buruk walaupun kelihatan pada zahirnya baik.
Dalam pada itu, amal seseorang juga mempunyai hubungan yang rapat dengan makanan dan minuman iantu dari sumber yang halal. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 172: “Hai sekalian orang yang beriman! Makanlah dari segala yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepada kamu.’
Ayat ini menjelaskan bahawa betapa pentingnya memakan daripada rezeki yang halal. Hal ini kerana ianya menjadi syarat kepada penerimaan ibadat serta doa dari Allah yang maha Esa. Orang beriman juga dihendaki supaya amalannya , jiwanya, dan hatinya digerakkan oleh kekuatan darah mengalir yang bersih dari milik yang haram.
Menurut riwayat yang dikeluarkan oleh Al Tabrani dari ibn Abbas katanya: Pernah aku membaca di sisi rasulullah S.A.W ayat ini, iaitu “Hai sekalian manusia, makanlah barang yang halal yang baik dari apa yang ada di bumi .”(Al Baqarah: 168)
Kemudian Saad Bin Abi Waqas bangun seraya berkata : “Ya rasulullah ! aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenan doanya. Lalu rasulullah bersabda:
Hai Saad! Baguskanlah makanan engkau nescaya engkau adalah (orang yang) diperkenankan permintaannya. Dan demi diri Muhammad ditangannya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan makanan yang haram ke dalam perutnya , tiada diterima Allah daripadanya amal selama 40 hari . Dan mana-mana hamba yang tumbuh dagingnya dari yang haram, maka api neraka lebih layak dengan dia.
Ingatlah sahabat bahawa perbuatan dan makanan haram menghalangi doa bagi menjamin ketermakbulan doa agar segala amal yang kita lakukan dapat diterima Allah. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment