Pada era sains dan teknologi yang berkembang pesat ini, pelbagai penemuan dan kajian saintifik yang telah dilakukan oleh umat islam mahupun bukan muslim bagi membongkar rahsia di sebalik pensyariatan ibadah tersebut yang datangnya dari Allah yang Maha Esa. Dalam pada itu kajian ini juga berkepentingan untuk menepis serangan kejian saintifik dari sesetengan pihak yang mempunyai perasaan prejudis terhadap islam.
Antara kajian saintifik yang telah banyak dijalankan adalah berkaitan dengan ibadah solat, haji, puasa , sunnah rasullullah, Al-Quran dan lain-lain. Setiap kajian yang dilakukan banyak membuktikan bahawa ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah SWT kepada rasulullah SAW 1400 tahun dahulu masih lagi relevan dan sofistikated di era arus kemodenan ini.
Hal ini juga membuktikan bahawa jika kita tidak akan pernah sesekali akan kembali ke zaman unta jika kita mengamalkan agama islam seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Malah tamadun islam pada masa dahulu menjadi catalyst atau mangkin bagi ilmu sains pada zaman moden ini. Sebenarnya orang-orang barat tidak akan mampu meledakkan sains dan teknologi tanpa orang islam. Sebagai contoh, Ibnu Sina atau Avicenna masih lagi digunakan bukunya dalam bidang perubatan moden sehingga hari ini .
Hmmmm..Mengapa Ya orang islam boleh menjadi maju dalam bidang sains? Mengapakah islam tidak menyekat sebarang kemajuan yang sains dan tidak hanya menyuruh umatnya hanya berzikir, bersolat , berpuasa serta ibadah lain tanpa memikirkan hikmah ensyariatan tersebut?
Ya...Mari kita amati ayat 190 hingga ayat 191, surahAli Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda –tanda untuk ulul albab , Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri,duduk ataupun dalam keadaan berbaring , dan mereka banyak berfikir tentang perihal penciptaan langit dan bumi seraya berkata ‘’ Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia . Maha suci Engkau, lalu peliharalah kami daripada seksa neraka.”
Ayat ini meransang umat islam supaya menghiasi diri dengan zikir dan fikir. Dalam aspek fikir, mereka berfikir serta mengkaji perihal kejadian langit dan bumi. Pada hari ini, kita dapati golongan yang paling banyak berfikir dan mengkaji perihal langit dan bumi adalah golongan saintis , terutama yang menceburi bidang astrofizik , astronomi , dan geologi. Bagaimana boleh kita katakana Islam sebagai agama yang mundur, Sedangkan al-Quran mengalakkan umatnya berfikir sehingga menjadi pakar-pakar sains seumpama ini?
Next! Mari kita lihat pula ayat 33 daripada surah Al-Rahman yang bermaksud,”Wahai sekalian jin dan manusia , sekiranya kamu sanggup menembus( melintasi ) semua penjuru langit dan bumi, lintasilah, Kamu tidak akan menembusnya melainkan dengan kekuasaan.”
Dalam tafsir al-Azhar, Hamka berkata, ‘’kebebasan diberikan kepada kita bagi melintasi alam ini sepenuh tenaga , dengan segenap akal dan budi, kerana mendalamnya pengetahuan,”
Inilah yang Berjaya melahirkan tamadun luar biasa serta melahirkan ramai saintis dalam pelbagai bidang ilmu dengan berbekalkan Al-Quran dan Assaunah sebagai rangsangan.